Ramalan Radhi Mat Din-Azraai Khor berbeza, rekod 'double treble' Kedah akhirnya pecah belum cukup 100 tahun


  • Podium
  • Sabtu, 09 Dis 2023

Rekod 'double treble' dicipta KDA merupakan antara pencapaian terhebat dalam bola sepak Malaysia. — Agensi

DALAM sejarah bola sepak Malaysia, pelbagai rekod telah pun dicipta oleh bermacam-macam pasukan.

Selangor FC dengan rekod 33 kejuaraan Piala Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) pula menguasai Liga Super selama 10 musim berturut-turut. Manakala Kedah Darul Aman (KDA) FC memegang rekod double treble.

Rekod cemerlang yang direkodkan oleh Sang Kenari itu hadir ketika musim 2006/2007 dan 2007/2008 hasil kendalian Azraai Khor Abdullah.

Pemain-pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Khyrill Muhymeen, Marlon Alex James serta Nelson Sam Martin merupakan tunjang kepada kecemerlangan Sang Kenari waktu itu.

aef893405be1dcc70ea13e1fb79ff236

Radhi menganggap rekod 'double treble' itu tidak boleh dipecahkan dalam tempoh 100 tahun. — Agensi

Rekod itu bertahan lama dengan hinggakan bekas pembantu jurulatih KDA, Radhi Mat Din pernah berkata kejayaan itu tidak akan dipecahkan sehingga 100 tahun.

"Untuk memperoleh gelaran treble dalam dua musim berturut-turut memerlukan 100 tahun lagi atau lebih untuk ia berlaku!

"Ia memerlukan usaha keras untuk mencapai gelaran treble berganda. Jalannya memerlukan banyak pengorbanan, dan komitmen daripada para pemain, pengurusan pasukan serta pihak kelab," kata Radhi.

Namun begitu, 15 tahun kemudian, rekod itu berjaya disamakan oleh JDT apabila kejayaan menewaskan Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 membuktikan segala-galanya.

408685148_922482515914392_907773999334609217_n

Rekod 'double treble' KDA kini telah disamakan JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Kini dilihat tidak tercabar oleh mana-mana pasukan, JDT seolah-olah boleh memadam rekod KDA itu dengan mencipta triple treble pada musim depan.

Hakikat itu cuba diakui sendiri oleh Azraai selepas JDT menewaskan Terengganu.

"Setelah 15 tahun, rekod double treble (telah) disamakan. Saya tidak terkejut (jika) JDT mampu pecah rekod pada 2024," kata Azraai.

Seandainya rekod itu berjaya dipecahkan, kejayaan yang dilakukan KDA sebelum itu tidak boleh dinafikan. Ia akan tetap menjadi salah satu kejayaan unik dalam bola sepak Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram