PENGELOLA domestik, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) difahamkan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung slot kedua kelab yang akan dihantar Malaysia untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) II.
Walaupun skuad Gergasi Merah sudah mengesahkan kedudukan mereka sebagai naib juara Liga Super 2023 selepas menang 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC baru-baru ini, namun ia masih belum memberi jaminan ke pentas Asia buat kelab Lembah Klang berkenaan.
Jika dilihat pada keadaan semasa, pasukan lain seperti Terengganu FC (TFC) turut memiliki peluang beraksi di pentas Asia di ACL II sekiranya skuad Sang Penyu berhasil mencipta kejutan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.
Perkara berkenaan jelas membangkitkan kemarahan penyokong Gergasi Merah yang mengibaratkan MFL seolah-olah merompak usaha Selangor untuk beraksi di pentas Asia.
Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul mengesahkan, slot kedua ACL II bergantung kepada keputusan MFL mahupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Malaysia berada dalam kelompok enam terbaik di Asia Tenggara apabila skuad Harimau Selatan muncul sebagai wakil yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (Elit) tahun depan ketika Vietnam tidak layak mendapat sebarang slot.
Ia kenyataan jelas JDT yang merupakan juara Liga Super mendapat slot automatik dari AFC untuk berada dalam kelompok 24 kelab terbaik Asia. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram