MENTERI Besar Selangor FC, Datuk Seri Amirudin Shari akhirnya membawa berita gembira kepada penyokong Gergasi Merah apabila berkongsi perkembangan positif mengenai Kompeks Sukan Shah Alam (KSSA).
Menerusi media sosial X, Amirudin mengesahkan bahawa proses pembinaan bakal gelanggang baharu keramat Gergasi Merah itu difahamkan akan bermula tak lama lagi dan sekali gus menamatkan penantian penyokong Selangor.
Menurutnya, plot tanah untuk pembinaan stadium tersebut sudah diserahkan kepada kepada syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI) dan akan memastikan proses berkenaan akan berjalan.
"Tanah dah serahkan kepada MBI tunggu keputusan rasmi MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) sahaja" tulis di ruangan komen laman penyokong, Selangor Power Sampai Kiamat.
Status terkini KSSA itu sering dipersoalkan penyokong sejak projek berkenaan diperkenalkan sekitar Mac lalu namun sehingga kini pembinaan gelanggang tersebut masih belum digerakkan.
KSSA dikatakan mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bakal melonjakkan pelbagai jenis sukan di Selangor termasuk penganjuran e-Sport.
Stadium Shah Alam perlu dirobohkan terlebih dahulu sebelum pembinaan KSSA. — Agensi
Difahamkan, kos pembinaan KSSA dijangka mencecah RM800 hingga 900 juta dan proses pembinaan stadium baru ini dijangka bermula pada tahun hadapan dengan sasaran dapat disiapkan pada tahun 2026.
Selain itu, Kompleks Stadium Shah Alam bakal memiliki kemudahan prasarana stesen transit aliran ringan (LRT) Stadium Shah Alam, hab transit bas, akses pejalan kaki dan laluan pejalan kaki berbumbung selain ruang legar mesra orang kurang upaya (OKU) serta ruang korporat.
Ia juga bakal memiliki kawalan kelembapan dalaman, sistem penyejukan tempat duduk dan berbumbung ETFE (polimer plastik) salutan seramik.
Dengan rekaan moden dan inovatif, stadium itu juga sesuai dijadikan ruang acara seperti penganjuran konsert berskala besar.
Di sekitar stadium, dapat dilihat pelbagai kemudahan lain bakal dibangunkan seperti taman papan selaju, taman permainan dan zon rekreasi hijau berkeluasan 310,000 meter persegi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram