Import Selangor FC pernah berguru dengan bekas bintang Chelsea


  • Podium
  • Rabu, 06 Dis 2023

Alex beraksi dalam 17 perlawanan bersama Selangor musim ini.

PEMAIN import Selangor FC, Alex Agyarkwa menunjukkan prestasi luar biasa bersama Selangor musim ini selepas berjaya membantu Gergasi Merah layak ke pentas Asia musim hadapan.

Namun pasti ramai yang tidak menyedari bahawa Agyarkwa merupakan pemain muda berbakat besar dari Ghana dan pernah dijulang sebagai pemain paling bernilai ketika bertemu pasukan Legenda Chelsea pada 2018.

Ketika itu, pasukan Legenda Chelsea dibarisi pemain-pemain seperti Micheal Essien, Dennis Wise dan Celestine Babayaro yang mana perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1-1.

Pemain berusia 23 tahun itu dipilih untuk beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan Pilihan Afrika menentang Legenda Chelsea.

Dalam perlawanan itu, Agyarkwa diberikan jersi khas yang mencetak perkataan 'MVP' di belakang jersi tersebut.

Selepas itu, karier profesional Agyarkwa terus mekar bersama pasukan Accra Lions sebelum berhijrah ke Selangor pada 2021.

MVP

Agyarkwa diberikan jersi khas yang mencetak perkataan 'MVP' di belakang jersi tersebut.

Musim ini, Agyarkwa beraksi dalam 17 perlawanan bersama Selangor dan berjaya menyumbang tiga bantuan gol (assist) setakat ini.

Beraksi di bahagian tengah bertahan, Agyarkwa dilihat mempunyai potensi besar dengan corak permainannya yang selesa memegang bola. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram