Liridon Krasniqi bukan lagi pemain JDT


  • Podium
  • Rabu, 06 Dis 2023

Liridon (kiri) menyertai JDT selepas meninggalkan Melaka United pada 2019. — Facebook/JDT

PEMAIN naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi dikhabarkan boleh beraksi menentang Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi akhir Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC pada Jumaat ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu pastinya akan menjadi tumpuan seluruh penyokong bola sepak negara ini.

Liridon yang terlepas untuk membantu Terengganu FC dalam Piala Sumbangsih akibat status pinjam JDT kini berpeluang untuk diturunkan oleh Tomislav Steinbruckner.

Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam laman sosial X mengesahkan Liridon kini bukan lagi pinjaman dari skuad Harimau Selatan itu.

"Liridon Krasniqi boleh beraksi di Final Piala Malaysia 2023, difahamkan pemain naturalisasi itu tidak lagi memegang status pemain pinjaman JDT."

Zulhelmi

Tangkap layar ciapan Zulhelmi. X/Zulhelmi Zainal Azam

Untuk rekod musim ini, Liridon beraksi dalam 23 perlawanan bersama Terengganu yang mana dia berjaya menjaringkan dua gol dan dua assist.

Bersama Terengganu, Liridon kembali mendapatkan aksi permainan yang lebih kerap sekali gus merekodkan minit permainan yang tinggi.

Kali terakhir pemain berusia 31 tahun itu merekodkan minit permainan yang tinggi ketika bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 2017.

Namun menjadi persoalan, adakah Tomislav akan menurunkan Liridon dalam perlawanan akhir itu kerana dia mempunyai banyak pengalaman beraksi di liga luar negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram