'Nice meeting you coach', Abu Kamara tunjuk minat sertai JDT?


  • Podium
  • Ahad, 03 Dis 2023

Abu Kamara kini merekodkan 12 gol dalam 21 perlawanan Liga Super bersama Kuching City.

"GEMBIRA bertemu anda jurulatih JDT."

Itulah status yang dimuat naik oleh penyerang nasional Liberia, Abu Razard Kamara dalam Facebook selepas pertemuan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 23 November lalu.

Dalam perlawanan itu, JDT berjaya menewaskan Kuching City dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Bergson da Silva dan Juan Muniz Gallego sekali gus Harimau Selatan merekodkan kemenangan ke-23 musim ini.

Ketika menentang JDT, Abu Kamara tidak diturunkan mungkin disebabkan baru pulang daripada tugasan antarabangsa.

Tetapi penyerang berusia 26 tahun itu sempat berjumpa pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari di tepi padang sebelum perlawanan bermula.

Kamara

Hantaran yang dimuat naik oleh Kamara.

Meskipun perlawanan itu pada 23 November, namun baru-baru ini Abu Kamara memuat naik hantaran dalam Facebook gembira dapat berjumpa Esteban walaupun tidak beraksi.

Dengan prestasi semasa Kamara yang merekodkan 12 gol dalam 21 perlawanan Liga Super boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Namun jika Kamara berminat menyertai JDT ia bakal memberi tambahan buat Harimau Selatan dengan usianya yang masih muda dengan Diogo kini dilihat semakin di penghujung kariernya.

Nama Kamara juga menjadi bualan dalam kalangan penyokong pasukan lain selepas dia dikaitkan dengan Selangor FC, Kedah Darul Aman FC dan Sri Pahang FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram