Team 'gaduh', 'kembar' JDT, gergasi Jepun antara 5 kelab tunggu Selangor di ACL 2


  • Podium
  • Isnin, 04 Dis 2023

Antara aksi perlawanan di antara Selangor dan Kedah pada Sabtu. — Facebook/Selangor FC

SELEPAS sekian lama, Selangor FC akhirnya kembali mewarnai saingan peringkat Asia pada musim hadapan.

Kejayaan ini diraih selepas skuad Merah Kuning meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Sabtu.

Dengan kemenangan tersebut, kedudukan Selangor sebagai penghuni tempat kedua Liga Super musim ini sukar dicabar dengan 58 mata, lima mata di hadapan Kedah.

The Red Giants bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), nama baru Piala AFC yang diperkenalkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada awal tahun ini.

Bukan Selangor sahaja yang sudah mengesahkan tiket ke ACL 2, beberapa pasukan dari Asia juga turut menempah slot ke dalam kejohanan itu.

Majoriti senaraikan lima pasukan yang sudah pun bersama-sama Selangor dalam ACL 2 yang bermula pada tahun depan:

Sanfrecce Hiroshima

Sanfrecce Hiroshima berjaya mendapat tempat ketiga dalam J1 League. Agensi

1. Sanfrecce Hiroshima (Jepun)

Sanfrecce Hiroshima berjaya mendapat tempat ketiga dalam J1 League selepas merekodkan 17 kemenangan dan mengutip 57 mata musim ini.

Untuk rekod, Selangor bakal menjadi pasukan kedua buat Sanfrecce Hiroshima bertemu pasukan dari Malaysia selepas kali terakhir ialah Perak FA dalam Asian Club Championship pada 1969.

Pemain paling berbisa yang dimiliki oleh Sanfrecce Hiroshima ialah Douglas Viera (8 gol) dan Makoto Mitsuta (5 assist).

Stadium utama skuad kendalian Michael Skibbe itu ialah Stadium Edion Hiroshima yang mampu memuatkan lebih 30,000 penyokong dalam satu masa.

Zhejiang Professional FC

Nyasha Mushekwi (tengah) antara penjaring terbanyak Zhejiang FC. Agensi

2. Zhejiang Professional FC (China)

Masih ingatkah anda dengan insiden pergaduhan Dion Cools bersama pemain-pemain Zhejiang Professional FC baru-baru ini?

Ya! itulah lawan yang akan ditempuhi Selangor FC dalam saingan ACL 2 selepas mereka berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Chinese Super League musim ini.

Zhejiang FC memiliki dua penjaring terbanyak liga iaitu, Leonardo Souza yang meledak 19 gol dan Nyasha Mushekwi (18 gol) musim ini.

Beraski di Stadium Yellow Dragon Sports Centre, Zhejiang melalui musim buruk dalam ACL setakat ini apabila menduduki tangga ke-4 dalam Kumpulan H yang turut dihuni Buriram United (Thailand), Melbourne Victory (Australia) dan Ventforet Kofu (Jepun).

Jeonbuk Hyundai

Selangor merupakan pasukan pertama dari Malaysia akan menentang Jeonbuk Hyundai. Agensi

3. Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan)

Selangor FC merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang akan menentang Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan ACL 2 musim depan.

Pasukan dari Korea Selatan ini sedikit berbeza apabila dua pemain berbisa mereka ialah pemain tempatan dan bukannya bintang import seperti kelab lain.

Song Min-kyu dan Moon Seon-min mencetak enam gol buat pasukan ini sekali gus memberikan amaran awal bahawa kelab tersebut mempunyai pemain-pemain tempatan berkualiti tinggi.

Untuk info, pemain import JDT, Takahiro Kunimoto pernah beraksi bersama Jeonbuk sebelum dilepaskan akibat didakwa mempunyai masalah displin.

Sydney FC

Sydney FC mempunyai bekas bintang EPL, Jack Rodwell yang pernah beraksi untuk Everton FC dan Manchester City. Agensi

4. Sydney FC (Australia)

Selepas Central Coast Mariners FC, giliran Sydney FC pula untuk menyerlah di pentas Asia apabilla turut mendapatkan slot ACL 2 pada musim depan.

Sydney FC yang menjuarai Australia Cup 2023 mempunyai bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Jack Rodwell yang pernah beraksi untuk Everton FC dan Manchester City.

Antara pemain yang perlu diawasi Selangor ketika menentang Sydney FC ialah Joe Lolley apabila dia merupakan 'top scorer' dan 'assister' buat pasukannya itu.

Skuad kendalian Ufuk Talay itu akan menggunakan Stadium Bola Sepak Sydney yang mampu memuatkan lebih 42 ribu penonton dalam satu masa.

Lion City Sailors FC

LCS merupakan pasukan berstatus bintang yang berakar umbi daripada Home United. Agensi

5. Lion City Sailors FC (Singapura)

Diberi jolokan sebagai Johor Darul Takzim (JDT) versi Singapura, LCS merupakan pasukan berstatus bintang yang berakar umbi daripada Home United.

Pasukan yang mempunyai barisan pemain bintang ini pastinya boleh menjadi antara pencabar Selangor dalam ACL 2 nanti.

Hal ini kerana, mereka sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam ACL sekali gus memberikan kelebihan buat Lion City Sailors bagi menerima cabaran dari Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram