Formula anak jati Kedah berhasil, 'pairing' Akmal-Manzoor jadi idaman Penang FC


  • Podium
  • Selasa, 05 Dis 2023

Akmal Rizal (kanan) dan Manzoor Azwira (kiri) pernah berganding ketika mengemudi Penang FC pada saingan Liga Perdana 2020. — Facebook/PenangFC

PENGENDALI sementara Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli membuktikan air tangannya membuahkan hasil apabila berhasil mengutip mata dalam dua perlawanan Liga Super sejak dia dilantik sebagai ‘caretaker’ Harimau Kumbang pada awal November lalu.

Perlawanan pertamanya bersama Harimau Kumbang merekodkan kemenangan 3-2 ke atas Sri Pahang FC dan aksi menentang Terengganu FC (TFC) pula, skuad kendalian Akmal Rizal berhasil membawa pulang satu mata berharga selepas seri 1-1.

Oleh itu tidak mengejutkan apabila kebanyakan pengikut Harimau Kumbang mendambakan agar pihak pengurusan memberi kepercyaan kepada pengendali berusia 41 tahun itu untuk mengemudi Penang FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depån.

Namun, ada juga suara-suara daripada penyokong yang mengidamkan agar pengendali Penang Bawah 23 Tahun (B-23) di Piala Cabaran MFL 2023 itu digandingkan dengan bekas penolong jurulatih Harimau Kumbang, Manzoor Azwira Abd Wahid.

Manzoor Azwira sehingga kini tidak lagi kelihatan bersama Penang FC sejak dia dan ketua jurulatih, Chong Yee Fatt direhatkan pada awal November lalu susulan prestasi pasukan yang berada di tahap kurang memuaskan.

WhatsApp Image 2023-12-05 at 10.31.17

Akmal Rizal dilantik sebagai caretaker Penang FC pada bulan lepas. — Facebook/PenangFC

Penyokong bagaimanapun masih beranggapan bahawa Manzoor Azwira layak untuk mendapat kesempatan kedua susulan membantu Penang FC mendapat kemenangan berharga di awal musim.

Coach Manzoor masa pegang dalam beberapa perlawanan, rekodnya agak baik,” kata penyokong Harimau Kumbang, Wafi.

“Itu lah sepatutnya biar Akmal pair dengan Manzoor baru Penang padu...biar CYF (Chong Yee Fatt) saja yang direhatkan,” tambah penyokong, Bronco.

Sebelum ini, pengendali kelahiran Kedah itu juga tidak menolak untuk mengemudi Harimau Kumbang pada musim depan sekiranya pengurusan Penang FC percaya terhadap kebolehannya.

“Saya rasa sebagai jurulatih, bila saya masuk dalam bidang ini, (jawatan jurulatih kelab) itulah peringkat tertinggi selepas (jurulatih skuad kebangsaan) dan ke skuad kebangsaan.

“Jadi, jika diberi peluang, itu semua atas pihak lembaga pengarah (Penang FC). Jika mereka yakin dengan kemampuan saya, rasa saya boleh bertanggungjawab untuk pasukan selepas ini, saya sudah sedia,” katanya memetik laporan dari Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram