SABAH FC menepati jangkaan ramai apabila mudah menewaskan Perak FC dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan Liga Super 2023 pada Ahad.
Stadium Perak, Ipoh menyaksikan perlawanan seimbang pada babak pertama apabila kedua-dua pasukan saling membuat serangan ke arah kubu lawan masing-masing bagi mendapatkan kelebihan gol awal.
Rentak permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan melakukan beberapa percubaan namun gagal menembusi gawang lawan masing-masing.
Rawilson Batuil (kiri) ketika membantu benteng pertahanan Sabah agar tidak dibolosi lawan. — Facebook/Perakfc
Sang Badak yang dilihat lebih dominan dalam aksi separuh masa pertama bagaiamanpun gagal mencetak sebarang jaringan.
Bersambung babak kedua, Sang Badak bermula garang namun masih gagal mematahkan benteng pertahanan skuad Seladang.
Bagaimanapun, pada penghujung perlawanan, kapten pasukan Sabah FC, Park Tae-su berjaya membuka tirai jaringan sekali gus memastikan kelab yang berpangkalan di Borneo itu pulang dengan tiga mata.
Keputusan 1-0 kekal sehingga pengadil bertugas meniup wisel tamat perlawanan.
Meskipun meraih kemenangan, penyokong Sabah FC bagaimanapun tidak berpuas hati dengan keadaan padang di laman lawan itu selain berasakan barisan pemain The Rhinos keletihan berikutan tidak mempunyai rehat yang mencukupi.
"Player nampak penat, ada kelam kabut sikit dan tiada pattern, mungkin padang salah satu faktor dan belum cukup rehat, come on Sabah second half boleh," kata Raza Izhar.
"Nampak penat semua player dengan keadaan padang lagi, semoga ada gol masa kedua nanti," kata Sontak Lp.
"Good job Sabah, walaupun padang tak ok tapi tetap menang," kata Roland.
Kemenangan tipis itu menyaksikan Sabah FC kekal menghuni tangga keempat liga dengan mengutip 51 mata manakala Perak FC yang berada di kedudukan ke-11 liga meraih 22 poin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram