Gopoh minit akhir, kesilapan Abe buat Sang Penyu tercicir 2 mata


  • Podium
  • Ahad, 03 Dis 2023

Syahmi Zamri (tengah) berjaya mencetak satu jaringan buat pasukan TFC. — Facebook/Terengganufc

TERENGGANU FC terpaksa melupakan hasrat mengutip tiga mata selepas sekadar meraih keputusan 1-1 dengan Penang FC dalam perlawanan ke-25 Liga Super 2023 pada Ahad.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing namun tiada jaringan dihasilkan pada babak pertama permainan.

Dalam perlawanan tersebut, Penang FC terpaksa membuat pertukaran penjaga gol dengan membawa masuk Azfar Arif selepas Haziq Mukriz mengalami kecederaan.

WhatsApp Image 2023-12-03 at 22.43.16

Terengganu FC terpaksa berkongsi mata selepas gagal menundukkan Penang FC. — Facebook/Terengganufc

Bersambung babak kedua, corak permainan skuad Harimau Kumbang dilihat serba tidak menjadi manakala Sang Pneyu lebih menguasai perlawanan dengan beberapa hantaran pendek dan berbahaya ke kubu pasukan tuan rumah.

Selepas beberapa siri serangan yang berjaya dikekang pertahanan pasukan lawan, Terengganu akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-66 melalui Syahmi Zamri hasil gerakan solo sebelum melepaskan rembatan.

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan tuan rumah kembali mengatur serangan namun keampuhan pertahanan anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berjaya mematahkan serangan Penang FC.

Terengganu gagal mempertahankan satu jaringan selepas penjaga gol, Rahadiazli Rahalim melakukan kesilapan pada minit-minit akhir perlawanan.

Rafael Vitor bagaimanapun berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90+6.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh penjaga gol Sang Penyu itu kerana seolah-olah memberi gol mudah kepada pasukan pelawat.

"Keeper selalu buat hal, minit-minit akhir boleh pula buat kesilapan," kata Hafeez Muhamad.

"Kenapalah keluar awal, tukar keeper lah macam ni," kata Radin Abidin.

"Bola masih jauh keeper buat hal pula, tukar je lah next season," kata Wan Ahmad.

Keputusan seri itu menyaksikan Terengganu FC kekal menghuni tangga keenam liga dengan kutipan 37 mata manakala Penang berada di kedudukan ke-10 dengan 24 poin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram