[VIDEO] Juventus, Inter Milan beri 'tribute' buat anak syurga syahid di bumi Palestin


  • Podium
  • Sabtu, 02 Dis 2023

Tangkap layar memaparkan rakaman video tersebut.

KONFLIK berterusan antara Israel dan Palestin telah menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa mereka.

Ketika konflik tersebut semakin melarat, pemain-pemain bola sepak turut tidak ketinggalan untuk memberikan pendapat masing-masing menerusi platform media sosial.

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian video di Twitter menyaksikan kelab gergasi Itali, Juventus dan Inter Milan seolah-olah memberi mesej tersirat kepada dunia mengenai simbol luka di pipi pada wajah setiap pemain pasukan tersebut.

Dalam video tersebut, ketika perlawanan sedang berlangsung, kedua-dua pasukan memiliki persamaan iaitu mempunyai simbol luka yang terdapat di pipi mereka.

Difahamkan, simbol luka di pipi merujuk kepada seorang kanak-kanak perempuan bernama Reem yang terbunuh akibat serangan udara Israel.

Reem yang berusia tiga tahun itu sebelum ini tinggal bersama datuknya, Khaled Nabhan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan kedua-dua kelab bola sepak itu untuk memberikan kesedaran isu global yang sedang berlaku di Gaza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram