Bukan kali pertama JDT terciduk di bumi Matahari Terbit


  • Podium
  • Khamis, 30 Nov 2023

Harimau Selatan terpaksa berputih mata selepass tewas dengan keputusan 0-5 di tangan Kawasaki Frontale pada Selasa. — Instagram/Officialjohor

EPISOD derita Johor Darul Takzim (JDT) di bumi Jepun berterusan apabila mereka sekali lagi tumbang 0-5 ketika bertemu Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada Selasa.

Kekalahan itu menyaksikan impian skuad Harimau Selatan untuk melangkah jauh dalam saingan Liga ACL semakin tipis.

WhatsApp Image 2023-11-29 at 17.54.15

Arif Aiman Hanapi (jersi putih) ketika cuba mengawal bola daripada dirampas pihak lawan. — Instagram/Officialjohor

Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mengejutkan bagi penyokong setia JDT kerana sebelum ini pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu pernah ditundukkan di bumi Matahari Terbit.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga kekalahan yang pernah dialami oleh JDT di bumi Matahari Terbit itu.

1. Kashima Antlers (2019)

Pada aksi pertama, JDT tampil cemerlang di laman sendiri apabila berjaya menundukkan pasukan Kashima Antlers dengan keputusan 1-0 yang berjaya dijaringkan oleh Syafiq Ahmad pada minit ke-69.

Namun, pada pertembungan kedua di bumi Jepun, skuad Harimau Selatan yang dilihat tidak selesa beraksi di Stadium Kashima, Jepun terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 hasil jaringan Taiki Hirato dan Serginho yang masing-masing mencetak gol pada minit ke-43 dan m-56.

Meskipun JDT dilihat bangkit menerusi jaringan Diogo pada minit ke-80 yang seperti memberi harapan namun kebangkitan tersebut gagal apabila pengadil bertugas meniup wisel tamat perlawanan dalam aksi Kumpulan E ACL 2019.

2. Vissel Kobe (2020)

Bukan itu sahaja malah JDT satu lagi kekalahan Skuad Harimau Selatan di Jepan adalah ketika berdepan kelab Vissel Kobe dalam Kumpulan G ACL musim 2020.

Perlawanan yang berpangsung di Stadium Misaki Park, Jepun itu berkesudahan dengan keputusan 5-1 yang dimenangi oleh pasukan tuan rumah.

Jaringan hatrik Keijiro Ogawa dan prestasi cemerlang bekas bintang pasukan Sepanyol iaitu Andres Iniesta meranapkan impian JDT untuk menundukkan pasukan dari Jepun itu.

Meskipun tewas, Harimau Selatan berjaya membawa pulang jaringan sagu hati menerusi Safawi Rasid.

3. Urawa Reds Diamonds (2022)

Kekalahan terbesar JDT menentang kelab Jepan adalah ketika bertemu pasukan Urawa Reds Diamond kerana dimalukan dengan keputusan 0-5 pada pusingan ke-16 dalam saingan ACL 2022.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama, Jepun pada 2022 itu melihatkan pasukan Harimau Selatan masih belum mampu untuk menyesuaikan diri di negara Matahari Terbit itu.

Kemenangan bergaya Urawa Reds itu hasil jaringan daripada Alexander Scholz menerusi sepakan penalti, dua gol daripada Moberg Karlsson terus menjarakkan kedudukan dan Kasper Junker turut meledak dua jaringan membantu pasukan tuan rumah mencetak kemenangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram