Bukan satu tapi Habib Haroon mahukan lebih buat Terengganu FC


  • Podium
  • Rabu, 29 Nov 2023

Sebahagian sesi latihan skuad kendalian Steinbruckner bagi persiapan akhir menjelang aksi berdepan Mariners. — Facebook/Terengganufc

MENDUDUKI tangga kedua Kumpulan G, Terengganu FC masih berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati dalam saingan Piala AFC.

Pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner itu dijadualkan bertemu wakil Australia, Central Coast Mariners pada Rabu.

Meskipun kini mengalami kekurangan pemain berikutan kecederaan, kapten pasukan Sang Penyu, Habib Haroon bagaimanapun tidak sabar untuk menghadapi perlawanan tersebut.

WhatsApp Image 2023-11-29 at 08.49.33

Ketajaman Ivan Mamut di depan pintu gawang ditagih untuk membantu Sang Penyu meraih tiga mata penting. — Facebook/Terengganufc

Tonggak tengah import Sang Penyu itu berkata, dia dan rakan sepasukan teruja untuk menentang wakil kelab Australia yang beraksi cemerlang dalam Piala AFC itu.

“Piala AFC dan Piala Malaysia adalah dua sasaran kami dan semua orang teruja untuk datang beraksi di laman lawan dan menentang Mariners yang merupakan antara pasukan terkuat dalam Piala AFC.

“Selepas berjaya menewaskan Mariners pada aksi pertama dengan keputusan 1-0 di laman sendiri, saya berasa teruja untuk menanti perlawanan tersebut," katanya.

Selepas perlawanan ini, Terengganu akan bertemu dengan pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 8 Disember. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram