Masalah kecergasan bukan penghalang, Stuart Wilkin idam cetak gol bantu Sabah FC aksi Piala AFC


  • Podium
  • Rabu, 29 Nov 2023

Sebahagian aksi sesi latihan pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang perlawanan berdepan Hougang United dalam saingan Piala AFC. — Facebook/Sabahfc

PEMAIN tengah Sabah FC, Stuart Wilkin, mengakui sedikit kepenatan merujuk kepada tahap kecergasannya apabila tiada dalam kesebelasan utama ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi Liga Super 2023 ketiga terakhir musim ini.

Jadual padat Wilkin bukan hanya melibatkan saingan Liga Malaysia (Liga M) malah turut membabitkan aksi bersama skuad kebangsaan selain saingan kempen Piala AFC yang mendorong pemain berdarah Malaysia-England itu memerlukan rehat buat seketika.

Wilkin bagaimanapun, menegaskan keadaannya semakin baik dan tidak mahu terlepas peluang untuk menjadi tonggak penting menjelang aksi dengan Hougang United dari Singapura pada Khamis nanti.

WhatsApp Image 2023-11-29 at 10.58.07

Wilkin (tengah) mahu bantu Sabah FC cetak gol pada aksi berdepan Hougang United. — Facebook/Sabahfc

"Selepas bersama skuad kebangsaan, saya diberikan cuti selama beberapa hari.

Tetapi adalah penting untuk memungut tiga mata.

"Kami akan bermain di tempat lawan jadi ia akan menjadi satu perjalanan yang sukar.

"Sudah lama saya tidak melakar gol buat Sabah tapi siapa pun yang muncul penjaring, saya tidak kisah asalkan dapat membantu pasukan," katanya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram