Gagal bawa HM ke separuh akhir Piala AFF, TMJ pernah desak FAM gugurkan OKS


  • Podium
  • Rabu, 29 Nov 2023

Skuad Harimau Malaysia kecewa selepas tumpas 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016. — FAM

BEKAS Ketua Jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee pernah menerima kritikan daripada penyokong berikutan prestasi kurang memuaskan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya ketika itu.

Tujuh tahun lalu, di bawah kepimpinan Kim Swee, pasukan kebangsaan gagal layak ke separuh akhir Piala AFF buat kali pertama sejak 2008.

Meskipun begitu, Kim Swee dilaporkan berkata, dia sedia bertanggungjawab di atas kegagalan skuad itu melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2016.

Sudah jatuh ditimpa tangga, skuad Harimau Malaya sekali lagi diuji selepas empat pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal yang membuat keputusan secara tiba-tiba untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan ketika itu.

myn vs msia 2

Sebahagian aksi ketika pemain kebangsaan cuba mengawal bola daripada dirampas pihak lawan. — FAM

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dilaporkan berkata, kuartet itu sudah muak dengan keadaan bola sepak dan mendakwa pemain-pemain tersebut tidak mendapat apa-apa dengan bersama pasukan kebangsaan.

Berikutan masalah tersebut, JDT enggan melepaskan beberapa pemain sehingga empat hari sebelum perlawanan persahabatan menentang Singapura ketika itu.

TMJ turut dilaporkan berkata, baginda bersetuju untuk melepaskan pemain lebih awal malah memujuk pemain yang telah bersara untuk kembali sekiranya Kim Swee tidak lagi menjadi jurulatih.

Ketika itu, TMJ pernah mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar memecat Kim Swee dan menggantikan dengan jurulatih baharu.

Dalam perlawanan ketika itu, skuad kebangsaan tewas dengan keputusan 0-1 di tangan Myanmar pada aksi Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar.

Untuk rekod, sepanjang 11 edisi kejohanan, ia merupakan kali ketiga Malaysia terkandas di peringkat kumpulan selepas edisi 1998 dan 2008. Malaysia hanya sekali muncul juara pada edisi 2010 dan dua kali bergelar naib juara pada 1996 dan 2014. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram