Jordi Amat terasa perit, cukup marah


  • Podium
  • Rabu, 29 Nov 2023

Jordi Amat (kanan) akur dengan kekalahan 0-5 berdepan Kawasaki Frontale pada Selasa. — Facebook/JDT

KETUA pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Jordi Amat, cukup terkilan sama sekali gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan pada Selasa.

Harimau Selatan meratapi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) bakal berakhir di peringkat Kumpulan I selepas menduduki tempat ketiga sekalipun mempunyai baki satu lagi perlawanan bertemu BG Pathum.

Amat mengakui kerapuhan pertahanan JDT dalam pertemuan kali ini yang menyaksikan mereka dibolosi empat kali dalam babak kedua.

WhatsApp Image 2023-11-29 at 09.38.46

Sebahagian aksi Jordi Amat (jersi putih) ketika cuba merampas bola daripada pihak lawan. — Facebook/JDT

"Tahniah kepada Kawasaki kerana bermain dengan begitu baik.

"Kami harus akur, kami tidak memperagakan rentak permainan kami walaupun sudah mencuba.

"Mereka mempamerkan aksi sempurna selain meledak jaringan dalam detik yang tepat.

"Kekalahan ini perit buat kami. Pasti kami banyak menimba pengajaran daripada perlawanan ini.

"Saya cukup marah ketika ini. Kami harus melihat rakaman video sepanjang 90 perlawanan ini memandangkan mereka jauh lebih bagus berbanding kami.

"Ia satu pengajaran yang perit dan kami perlu berkembang," katanya.

Selepas ini JDT bakal meneruskan perjalanan dalam saingan domestik apabila bakal bertemu Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 8 Disember nanti. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram