KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid, tekad berjuang dalam mengembalikan maruah kelab Pantai Timur itu.
The Red Warriors (TRW) terus menjadi mangsa belasahan dalam Liga Super 2023 apabila kecundang 1-6 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu, pada Ahad.
Susulan kekalahan itu, Kelantan FC sekali gus mencatat rekod dibolosi 108 gol Liga Super setakat ini.
Tangkap layar hantaran tersebut. — Facebook/Ahmadmuzzakirhamid
Begitupun, Ahmad Muzakkir tetap mempertahankan pasukannya dalam satu hantaran di Facebook tatkala saingan berbaki dua perlawanan.
"Seburuk mana pasukan dihina, saya tetap berdiri teguh selagi saya CEO.
"Semampu mana saya berusaha, saya ingin buat balik penaja-penaja seperti mana saya berjaya buat ketika saya bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dahulu sehingga diswastakan," katanya.
Juara treble musim 2012 itu mencatat kekalahan terbesar di tangan Selangor FC dengan keputusan 2-11 dalam aksi Liga Super pada 25 Ogos lalu. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram