Layangan kad kuning pertama di Olimpik, fizikal pemain skuad kebangsaan pernah jadi bahan jenaka


  • Podium
  • Ahad, 26 Nov 2023

Aksi Malaysia ketika menentang Jerman Barat pada Sukan Olimpik Munich 1972. — Agensi

SUKAN Olimpik Munich 1972 merupakan pentas tertinggi pasukan bola sepak tanah air pernah beraksi.

Ia berikutan satu-satunya pentas Olimpik yang pernah menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1972, skuad Harimau Malaya melayakkan diri untuk bertanding di pentas Olimpik Munich, Jerman setelah berjaya menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina. Malaysia hadir bersama Burma (kini dikenali Myanmar) sebagai reputasi gergasi Asia pada waktu itu.

Meskipun 39 tahun telah berlalu, memori dilayangkan kad kuning pertama pada perlawanan pembukaan Sukan Olimpik di Munich itu pastinya tidak akan dapat dilupakan oleh legenda tanah air, Rahim Abdullah.

HM 1972

Skuad Harimau Malaya 1972. — Agensi

Pemain sayap kanan pasukan Malaysia itu dilaporkan berkata, dia dilayangkan kad kuning kerana kesalahan mengasari pemain pertahanan kiri Jerman Barat.

Tambahnya ketika itu, dia melakukan terjahan keras terhadap pemain tersebut setelah tidak berpuas hati kerana sering dibentes oleh pihak lawan.

Malah, 20 minit sebelum permainan ditamatkan, Ketua Jurulatih pasukan Malaysia ketika itu, Jalil Che Din dilaporkan mengarah Rahim untuk keluar daripada padang selepas diberikan kad kuning.

Bagaimanapun, pengendali itu dilaporkan berkata, ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan sebelum perlawanan bermula, dia ternampak pemain-pemain pasukan tuan rumah ketawa apabila melihat anak-anak buahnya.

Katanya ia mungkin disebabkan oleh perbezaan fizikal atau saiz badan yang begitu ketara antara pemain Harimau Malaya dengan pemain dari Barat itu.

Namun, bagi pemain-pemain negara, tindakan mereka mentertawakan itu menjadi pembakar semangat untuk menunjukkan bahawa ia bukan suatu penghalang seperti slogan 'Malaysia Boleh'.

Dalam perlawanan tersebut ketika itu, skuad kebangsaan gagal meraih kemenangan selepas pasukan tuan rumah menjaringkan tiga gol menewaskan Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram