Status kontrak bersama Penang masih samar, Kogi ada tonik benam Tok Gajah


  • Podium
  • Ahad, 26 Nov 2023

Sebahagian aksi sesi latihan barisan pemain Harimau Kumbang dalam persediaan berdepan skuad Tok Gajah. — Instagram/officialpenangfc

SELEPAS enam bulan berkelana di Korea Selatan, R. Kogileswaran akhirnya kembali memeriahkan Liga Malaysia dengan menyertai Penang FC, sekali gus menjadi tonggak terbaharu membantu memperkukuh jentera serangan pasukan Utara tanah air tersebut.

Kogileswaran ataupun pemain yang mesra dengan sapaan Kogi itu mahu menebus kesilapan apabila bakal dijadual bertemu bekas pasukannya, Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super 2023 pada Ahad.

Pemain berusia 25 tahun yang bermain untuk skuad Tok Gajah dari 2016 hingga 2019 berkata, ia amat menyeronokkan untuk bertemu bekas pasukannya dalam Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang.

Meskipun sudah beraksi dalam 12 perlawanan tetapi Kogi masih belum menjaringkan sebarang gol.

WhatsApp Image 2023-11-26 at 10.46.41

Kogi (kanan) sedia bantu Penang FC tewaskan bekas pasukannya, Sri Pahang FC. — Instagram/officialpenangfc

Bekas pemain Petaling Jaya City FC (PJ City FC) itu menyertai pasukan itu semasa jendela perpindahan kedua dari kelab Liga Divisyen 2 Korea Selatan, Cheongbuk Cheongju FC.

Kogi bagaimanapun percaya bahawa dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menewaskan skuad Tok Gajah.

“Saya tidak gementar walaupun saya akan berdepan dengan bekas pasukan saya kerana tiada apa yang saya rugi. Setiap pemain perlu menampilkan persembahan yang baik.

“Saya tidak menjaringkan sebarang gol dan hanya membuat satu assist. Pasukan itu sedang tertekan pada masa ini, dan kami dapat melihat bahawa kami bergelut untuk mencipta peluang dan penguasaan bola.

“Dalam kebanyakan perlawanan, kami bukanlah yang terbaik.

“Saya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi saya gagal mencipta jaringan, jadi itu salah saya juga.

“Saya hanya berharap dapat mencatatkan rekod dalam perlawanan liga akan datang. Kami mempunyai tiga lagi aksi yang tinggal, jadi kami akan bekerja keras," katanya.

Penang FC berada di tangga ke-11 dengan 20 mata daripada 23 perlawanan dan dalam tujuh perlawanan terakhir, mereka tewas sebanyak enam kali serta seri satu kali, yang menyaksikan kelab itu melepaskan Chong Yee Fatt dan Manzoor Azwira Abd Wahid dan mengikat pengendali baharu, Akmal Rizal Rakhli sebagai jurulatih sementara.

Kogileswaran berkata, keputusan untuk melepaskan Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid adalah satu kejutan kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk kelab tersebut.

“Mereka melakukan segala yang mereka mampu untuk meningkatkan semangat pasukan. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Keadaan tidak menjadi baik,” kata Kogileswaran.

Mengenai masa depannya bersama kelab itu, Kogileswaran berkata, dia mahu melengkapkan dua perlawanan bersama kelab itu sebelum memikirkannya.

“Kelab itu belum menghubungi saya berkenaan sambungan kontrak. Saya juga belum berunding dengan mana-mana kelab lain. Saya akan tunggu musim ini tamat dahulu,” ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram