Sebelum perhitungan hidup mati bersama Selangor, Sang Kenari perlu lulus 3 KPI ketika berdepan TRW


  • Podium
  • Sabtu, 25 Nov 2023

Sang Kenari wajib menang ke atas Kelantan FC supaya peluang ke Asia musim depan masih terbuka. — Facebook/KDA FC

BERBAKI tiga lagi aksi Liga Super, perebutan status naib juara liga masih lagi terbuka antara Selangor FC dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Selangor yang kini mengutip 52 mata akan melayan kunjungan Perak FC sementara Kedah (50 mata) bakal melayan sisa-sisa perjuangan Kelantan di tempat lawan pada aksi yang diadakan pada Sabtu untuk kedua-dua perlawanan.

Perak yang kini beraksi baik bersama-sama Yusri Che Lah, dilihat mampu memainkan peranan dalam pertarungan dua penjuru melibatkan Gergasi Merah dan Sang Kenari.

Namun begitu, untuk mengharapkan Perak berjaya mengalahkan Selangor di Kelana Jaya bukanlah sesuatu yang boleh berlaku 100 peratus. KDA masih perlu mencari tiga mata menentang The Red Warriors dalam misi mengekalkan jurang dua mata.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, berikut adalah KPI yang perlu dicapai oleh KDA ketika menentang Kelantan sebelum bertemu Selangor pada 2 Disember:

1. Wajib menang

Perkara pertama perlu dicapai oleh skuad Nafuzi Zain ketika bertemu Kelantan adalah mendapatkan tiga mata. Itu adalah wajib.

Tidak kira dengan berapa jaringan sekali pun waima menang tipis, KDA harus menang untuk memastikan jurang dua mata dengan Selangor tidak menjadi lebih besar.

395396846_369605202087330_6549607763080857222_n (1)

Ifedayo (tengah) boleh jadi sandaran KDA untuk menang lawan Kelantan. — Facebook/KDA FC

KDA mesti menang bertemu Kelantan dan tidak boleh seri apatah lagi tewas. Anggapkan saja Selangor menang bertemu Perak, ia akan buatkan jurang semakin besar jika Sang Kenari keciciran mata.

Seandainya Selangor keciciran mata dan KDA menang, ia akan berikan kelebihan satu mata buat mereka sebelum bertemu di Stadium Darul Aman pada aksi seterusnya.

2. Jangan bolos

Seandainya kemenangan berjaya diraih bertemu Kelantan, KDA tidak patut mengabaikan pintu gol mereka.

Kelantan mungkin tidak memberikan cabaran hebat tetapi seandainya mereka berjaya membocorkan pintu gol KDA, ia pasti akan menimbulkan kegusaran.

395492046_369605385420645_7110602512817533855_n

Ott (tengah) pernah menerima kad merah pada musim ini. — Facebook/KDA FC

Kegusaran itu akan muncul dalam kalangan penyokong kerana pada mereka jika Kelantan yang melepaskan lebih 100 gol dalam Liga Super mampu membocori gawang KDA, apatah lagi Selangor bukan?

Pastinya Ayron del Valle dan rakan-rakan lebih dari mampu untuk bocorkan pintu gol KDA. Oleh itu, jangan bolos bertemu Kelantan untuk pastikan momentum teguh bersama Sang Kenari.

3. Jauhi kekasaran

Perlawanan bertemu Kelantan ini seharusnya dijadikan peluang untuk pemain-pemain KDA membina disiplin mereka.

Para pemain Sang Kenari haruslah menjauhi perbuatan yang boleh membuatkan mereka dilayangkan kad kuning atau kad merah oleh pengadil.

401524905_378430441204806_5622138646619844624_n

Kalamullah perlu pastikan gawang KDA tidak bocor bertemu Kelantan. — Facebook/KDA FC

Hal ini kerana, ia bertujuan untuk mengelakkan pemain daripada digantung ketika perlawanan bertemu Selangor. Sudah pasti, Nafuzi mahu turunkan barisan terbaiknya ketika sewaktu menentang Gergasi Merah.

Jika ada yang digantung pada perlawanan bertemu Selangor, pastinya cabaran Sang Kenari akan terganggu walaupun bermain di depan penyokong sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram