SEORANG ahli gusti remaja lelaki telah bertindak menumbuk lawannya selepas tewas dalam satu perlawanan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Menurut laporan polis Illinois, Amerika Syarikat, Hafid Alicea, 14, dibebaskan Jabatan Polis Oak Park selepas mengaku bersalah menumbuk lawannya gara-gara tidak berpuas hati dengan kekalahan memalukan itu.
Bagaimanapun, ibu bapa mangsa, Cooper Corder, memutuskan untuk mendakwa suspek meskipun dia telah dibebaskan oleh pihak polis tempatan.
Insiden yang tular dalam media sosial itu berlaku semasa kejohanan Beat the Street Developmental dalam kategori 125-128 paun pada April lalu.
Menerusi laporan TMZ Sports, Corder yang mewakili Akademi SPAR berjaya menewaskan Alicea dari Sekolah Maine West dengan keputusan 14-2.
Hafid Alicea of Maine West (IL) throws a sucker punch at the line... #wtf pic.twitter.com/9m4HAxl2oF
— The Wrestling Room (Pat Mineo) (@MrPatMineo) April 14, 2023
Pukulan curi yang disengajakan oleh Alicea semasa berjabat tangan itu menyebabkan ibu bapa Corder terkejut lalu laju meluru untuk melihat keadaan anak mereka yang terbaring di atas lantai.
Namun begitu, Corder tidak mengalami kecederaan serius selepas tumbukan tersebut tetapi perlu menggunakan topeng pelindung muka bagi perlawanan seterusnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram