Bukan Wan Kuzain atau Jami Qureshi, tapi Kobe Jae Chong ‘lead’ undian pemain warisan sarung jersi HM


  • Podium
  • Jumaat, 24 Nov 2023

Kobe (kanan) kini mewakili kelab divisyen bawahan Liga England, Barwell FC.

KEHADIRAN pemain-pemain warisan dan naturalisasi dilihat memberikan peningkatan ketara kualiti skuad kebangsaan sehingga Harimau Malaya berjaya mendaki ranking ke-130 dunia.

Harimau Malaya berjaya mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyzstan dan Chinese Taipei baru-baru ini.

Kesebelasan utama skuad kebangsaan yang dibarisi Matthew Davies, La'Vere Corbin-Ong, Dion Johan Cools, Stuart Wilkin antara individu yang berjaya menambah tonik tambahan buat Harimau Malaya.

Disebabkan itu, permintaan untuk pemain warisan kembali ke Malaysia untuk berbakti dengan skuad kebangsaan mula mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Mix Blood

Keputusan undian yang dibuat oleh @Frfuturetalents baru-baru ini.

Ini dibuktikan dengan undian yang dilakukan oleh laman Instagram @Frfuturetalents dengan menyenaraikan tujuh pemain warisan yang beraksi di luar negara.

Antaranya ialah Kobe Jae Chong, Wan Kuzain, Joshua Rawlins, Jaami Qureshi dan tiga bintang lain yang didakwa mempunyai hubungan dengan negara ini.

Apa yang menariknya, Kobe Jae mendapat undian tertinggi daripada penyokong untuk mewakili Harimau Malaya di samping Wan Kuzain dan Joshua Rawlins.

Untuk info, Kobe kini mewakili kelab divisyen bawahan Liga England, Barwell FC yang merupakan pasukan ke-12 diwakilinya sepanjang bergelar pemain bola sepak.

Antara komen yang ditinggalkan oleh orang ramai dalam media sosial ialah mereka menyatakan persetujuan untuk Kobe Jae dan Wan Kuzain beraksi bersama Harimau Malaya di masa akan datang.

"Setuju Wan Kuzain, situasi sama dengan Dion Cools, masa umur 23 tahun kedua-dua pemain ini pernah tolak nak mewakili Malaysia sebab nak fokus 'fight' tempat ke skuad kebangsaan," kata Zkri 9227.

"Kita nak mereka punya bakat dan pengalaman untuk kuatkan pasukan, Wan Kuzain patut dapat peluang ganti Safawi Rasid," jelas Uv.Hqim.

"Wan Kuzain itu punya muka Melayu, susah sangat nak main Malaysia. Kalau masih berharap dengan skuad nasional Amerika Syarikat (US) memang tak dapatlah," luah Izzwfq. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram