Harimau Malaya muncul 'top 3' kutip mata ranking paling tinggi


  • Podium
  • Khamis, 23 Nov 2023

Malaysia menang dua perlawanan awal kelayakan Piala Dunia ketika bertemu Republik Krgyz dan Chinese Taipei. — Facebook/FAM

MALAYSIA sekali lagi menamatkan tempoh bola sepak antarabangsa atau FIFA Days dengan nota yang cemerlang dan kali ini ia lebih signfikan.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya menerima pujian apabila mereka berjaya merakamkan dua keputusan seri menentang Syria dan China. Kedua-dua negara tersebut merupakan pasukan dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Akan tetapi, nota yang sedikit berbeza dihasilkan Malaysia ketika Pestabola Merdeka apabila menang lawan India tetapi tumbang kepada Tajikistan pada Oktober.

Sebulan kemudian, skuad kendalian Kim Pan-gon bangkit pada waktu yang amat diperlukan apabila berjaya menang dua perlawanan awal kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027.

Menentang Republik Krgyz, Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan 1-3 untuk menang 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selang lima hari, Darren Lok menjadi wira apabila menyumbat gol tunggal negara ketika bertemu Chinese Taipei di tempat lawan.

401467924_1045332136540022_2810569184931343168_n

Malaysia menang menentang Republik Krgyz pada 16 November. — Facebook/FAM

Dua kemenangan itu menjadikan Malaysia selesa mendahului kumpulan D dengan enam mata. Memandangkan ia perlawanan kelayakan Piala Dunia, pertambahan mata ranking cukup signifikan buat Harimau Malaya.

Selepas dua perlawanan tersebut, Malaysia berjaya mendapatkan 26.1 mata. Ia menjadikan mata yang dikumpul Harimau Malaya berubah dari 1,097 kepada 1,122.9 mata.

Ia turut melonjakkan Malaysia ke tangga 130 dunia dan kini semakin mendekati kelompok 100 pasukan terhandal dalam bola sepak.

Jumlah mata yang diraih turut menjadikan Malaysia pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata pada FIFA Days kali ini.

Harimau Malaya berada di belakang negara Afrika iaitu Comoros serta wakil Eropah, Romania yang turut mempunyai kempen kelayakan cemerlang kali ini.

Romania's forward #07 Denis Alibec (C,R) celebrates wirth Romania's midfielder #10 Nicolae Stanciu (C,L) after he scored 1-0 against of Switzerland during the UEFA Euro 2024 group I qualification football match between Romania and Switzerland at the National Arena in Bucharest, Romania on November 21, 2023. (Photo by Daniel MIHAILESCU / AFP) (Photo by DANIEL MIHAILESCU/AFP via Getty Images)

Romania layak ke EURO 2024 sebagai juara kumpulan peringkat kelayakan. — Facebook/FA Romania

Comoros meraih enam mata penuh pada dua perlawanan kelayakan awal apabila menewaskan Afrika Tengah 4-2 serta jaguh benua Afrika iaitu Ghana 1-0. Hasil dua perlawanan ini, Comoros memperoleh 30.9 mata untuk menduduki tangga 120 dunia.

Dua kemenangan tersebut membuatkan Comoros mendahului kumpulan I dengan menjadi satu-satunya pasukan menang dua perlawanan kelayakan pertama.

Sementara Romania turut menang dua perlawanan terakhir kelayakan EURO 2024 apabila menenwaskan Israel 2-1 serta Switzerland 1-0. Mereka berjaya mendapatkan 26.2 mata daripada dua aksi ini untuk menduduki tangga ke-43 dunia.

Kemenangan itu membolehkan Romania menguasai kumpulan I sekali gus berjaya layak ke EURO 2024 yang akan diadakan di Jerman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram