Perak berpeluh tundukkan Negeri Sembilan, muncul juara Piala Tun Ali 2023


  • Podium
  • Ahad, 19 Nov 2023

Aksi final Piala Tun Ali 2023 antara Perak dan Negeri Sembilan boleh dikatakan cukup sengit antara kedua-dua pasukan.

PERAK menjuarai Piala Tun Ali 2023 apabila menumpaskan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir kategori regu di Dewan Bola Keranjang MBMB, Melaka pada Ahad.

Pusingan pertama menyaksikan tentangan cukup hebat daripada kedua-dua pasukan apabila mereka mengheret aksi sehingga menyaksikan Negeri Sembilan meraih kemenangan 25-24.

Bagaimanapun, Perak kembali bangkit dengan bergaya di pusingan kedua dengan kutipan mata 21-7 dengan pemain diturunkan mudah menghukum pemain lawan.

Momentum tersebut bagaimanapun sedikit tercalar apabila Negeri Sembilan memberikan tentangan cukup hebat pada pusingan terakhir.

Tetapi, kesungguhan Perak untuk menebus kekecewaan edisi lalu tercapai dengan mereka meneruskan persembahan cukup baik sehingga merekodkan kemenangan 21-14.

Pencapaian terbabit pastinya diraikan peminat sukan takraw Perak selepas mereka tumpas dalam perlawanan akhir tahun lalu kepada Johor.

Kemenangan amat berharga berkenaan disaksikan ratusan penyokong kedua-dua pasukan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam turut hadir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram