Cemerlang bimbing Malaysia dalam setahun, fans seru kepimpinan 'KP Kuantan' dipertahankan


  • Podium
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Di bawah kendalian Pan-gon, ranking skuad negara melonjak sehingga ke-134 dunia sebelum turun tiga anak tangga susulan tewas 0-2 di tangan Tajikistan pada final Pestabola Merdeka pada bulan lalu. — Facebook/FAM

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih diberi mandat menjadi pengendali skuad kebangsaan selepas khidmatnya dikekalkan hingga 2025.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali dari Korea Selatan itu bersetuju untuk terus membimbing skuad kebangsaan bagi tempoh dua tahun lagi.

Pada Jumaat, menurut ciapan yang ditulis oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam, pengendali berusia 54 tahun itu kekal mengemudi Harimau Malaya sehingga 2025.

"Official and confirmed. Kim Pan-gon kekal sebagai jurulatih Harimau Malaya sehingga 2025. Difahamkan bagi tempoh dua tahun lagi," katanya.

Cools

Cools (dua dari kiri) dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mencetak dua jaringan gol untuk Malaysia. — Facebook/FAM

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong tanah air berharap agar kepimpinan Pan-gon akan dikekalkan bagi membantu pasukan kebangsaan.

"Pertahankan kepimpinan Ketua Polis Kuantan," kata Irfan Haziq yang merujuk kepada kesilapan sebuah stesen televisyen tempatan berhubung jawatan Pan-gon tidak lama dulu.

"Coach terbaik yang Malaysia pernah ada, memang pure class dan very knowlegable," kata Steven San.

"Padu lah Kim Pan-gon ni, di bawah kepimpinan dia, Malaysia berjaya lakar banyak sejarah," kata Azwin Alias.

Pan-gon

Tangkap layar apabila sebuah stesen tv tempatan membuat kesilapan berhubung jawatan Pan-gon. — Agensi

Antara kejayaan yang dilakar oleh pengendali dari Korea Selatan itu adalah Harimau Malaya berjaya layak secara merit ke Piala Asia di Qatar pada Januari depan serta memacu peningkatan ranking dengan hampir mengejutkan dua pasukan di kedudukan 100 dunia terbaik iaitu China dan Syria.

Malah, kejayaan mengikat Syria 2-2, meraih keputusan seri 1-1 dengan China dan berkenduri gol 10-0 ketika membelasah Papua New Guinea antara menjadi tumpuan penyokong tanah air sepanjang Harimau Malaya dikendalikan Pan-gon. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram