'Ketua Kampung Likas mana?' Fans risau kelibat Wak Am tiada dalam sesi latihan


  • Podium
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Sebahagian sesi latihan barisan pemain Sang Badak menjelang perlawanan Liga Super berdepan Kelantan FC. — Facebook/Sabahfc

SABAH FC giat melakukan persiapan rapi menjelang perlawanan Liga Super 2023 berdepan Kelantan FC pada 20 November nanti.

Pastinya kemenangan 4-1 berdepan Hai Phong FC memberi suntikan semangat kepada barisan pemain Sang Badak untuk mendapatkan keputusan positif dalam aksi tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan kepingan foto yang dikongsikan di laman media sosial rasmi kelab, bekas pemain Selangor FC, Amri Yahyah tidak kelihatan.

Amri yahya

Meninjau ruangan komen, ketiadaan pemain veteran Sabah FC itu atau lebih mesra dikenali sebagai Wak Am di tempat latihan undang tanda tanya para penyokong Sang Badak mengenai keberadaannya.

"Mana kelibat Ketua Kampung Likas arhhh?," kata Badree BadzExelley Jr Yansun.

"Nampaknya Wak Am macam hilang dari radar sudah ni, adakah dia masih bersama Sabah FC atau sebaliknya," kata Sahim Wong.

"Wak Am macam tidak nampak sudah, minit permainan pun macam tiada," kata Jonathan Than.

Untuk rekod, dalam 16 penampilan Liga Super bersama Sabah FC musim ini, Wak Am hanya membuat satu hantaran bantuan ketika menentang Kuching City FC pada 8 Julai lalu.

Kali terakhir Amri beraksi di atas padang adalah ketika menentang Kuching City FC pada 19 Ogos 2023 dalam saingan Piala Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram