[VIDEO] Empat legenda TRW kongsi kisah Awe jadi 'budak degil' Kelantan


  • Podium
  • Khamis, 16 Nov 2023

Nurul Azwan merupakan salah seorang tonggak Kelantan FA ketika zaman kegemilangan kelab berkenaan.

JIKA ditanya kepada peminat tegar bola sepak negara, mereka pastinya sukar melupakan zaman kegemilangan Kelantan FC yang pernah diangkat kelab Liga Super terbaik.

Kejayaan berkenaan dicatatkan kira-kira 10 tahun lalu apabila pasukan Pantai Timur tersebut cukup digeruni setiap kali beraksi.

Kemuncak kepada cengkaman mereka dapat disaksikan pada 2012 dengan skuad The Red Warriors (TRW) meraih gelaran treble dengan tiga trofi dijulang.

Salah seorang tonggak di sebalik zaman kegemilangan Kelantan FA ialah pemain tengah mereka, Nurul Azwan Roya yang juga dikenali ramai sebagai 'Awe'.

Kebolehannya untuk merencanakan tempo pasukan dengan hantaran serta gerakan mengangkatnya sebagai antara tonggak utama pasukan.

296594197_182448297502518_1413740228702279817_n

Kecemerlangan Awe membolehaknnya berhijrah ke JDT. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Tidak cukup dengan itu, anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu juga cukup dihormati dengan pengalamannya dalam dunia bola sepak.

Karakternya di atas padang juga kerap diberikan pujian dalam kalangan penyokong sepanjang beberapa tahun dia beraksi buat skuad TRW.

Bagaimanapun, di sebalik personalitinya yang dihormati, empat rakan sepasukan kepada Nurul Azwan mengatakan bahawa pemain terbabit memiliki kisah cukup melucukan.

Dalam satu sesi live TikTok, sebilangan bekas pemain skuad treble Kelantan FA sempat berkongsi cerita mencuit hati ketika berlatih bersama Awe.

"Ketika itu sedang hujan dan pemain lain sedang berlatih dan mengadakan sesi larian. Tetapi, tiba sahaja dia (Awe) dengan memakai kasut, boleh pula dia memakai payung," kata Zairul Fitree Ishak.

Luahan berkenaan menyebabkan tiga bekas rakan sepasukannya iaitu Daudsu Jamaludin, Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad tidak kering gusi mengingatinya.

Keempat-empat pemain berkenaan, termasuk Nurul Azwan merupakan watak cukup penting buat Kelantan FA, baik dari segi pertahanan mahupun serangan.

Bagaimanapun, beberapa daripada mereka kemudiannya memilih untuk mencari angin baharu dengan Daudsu serta Awe memilih untuk ke Johor Darul Takzim (JDT).

Perkongsian berkenaan sememangnya mencuri perhatian ramai dengan penyokong skuad TRW dilihat cukup merindui akan kehadiran masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram