Aaron Ramsdale akui terluka, menderita sejak David Raya 'rampas' posisi


  • Podium
  • Rabu, 15 Nov 2023

Aaron Ramsdale kini jadi pilihan kedua di Arsenal.

PERSAINGAN dalam kalangan pemain dalam sebuah pasukan bola sepak itu adalah perkara normal terutamanya melibatkan satu-satu posisi.

Ia merupakan satu perkara yang sihat kerana akan saling meningkatkan prestasi antara pemain dan ia memberikan manfaat kepada pasukan.

Namun begitu, persaingan juga boleh menyebabkan turunnya prestasi seseorang pemain kerana tidak mampu untuk mengatasi tekanan yang ada.

Seperti yang terjadi kepada penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale yang kini tidak lagi menjadi pilihan utama Mikel Arteta.

Musim lalu, dia sering menjadi pilihan utama sebagai penjaga gol Arsenal. Akan tetapi, semuanya mula berubah pada musim ini apabila The Gunners mendapatkan David Raya.

skysports-david-raya-aaron-ramsdale_6292396

Ramsdale dan Raya merupakan dua penjaga gol utama Arsenal. — Agensi

Raya terus menjadi pilihan utama menjaga gol Arsenal dan situasi ini telah membuatkan Ramsdale tidak lagi gembira.

Malah, bapanya mengakui sejak kehadiran Raya, Ramsdale tidak lagi gembira dan telah “kehilangan senyumannya”. Mana tidaknya, dia kini merupakan pilihan kedua Arteta di Arsenal.

Ramsdale mengakui kehadiran Raya telah membuatkan dirinya menderita dan terluka. Akan tetapi, dia mahu mengambil perkara itu sebagai cabaran supaya dapat kembali menjaga gol Arsenal.

“Kami bekerja secara profesional dan cukup baik bersama. Kami sering mendorong satu sama lain ketika latihan kerana ada masanya saya jatuh dan dia bangkitkan saya.

“Ada juga hari di mana dia pula yang jatuh. Jadi saya akan bangkitkan dia walaupun ketika itu sedang terluka dan menderita (kerananya),” ujar Ramsdale.

Situasi itu berlaku kerana Ramsdale sememangnya adalah pilihan kedua Arsenal sejak dari awal. Mereka memang mengejarkan Raya namun pada mulanya Brentford tidak mahu melepaskannya.

“Arsenal sebenarnya mahukan Raya daripada awal tetapi Brentford tidak mahu menjualnya dengan apa harga sekali pun.

“Oleh itu, mereka dapatkan Ramsdale kerana dia lebih mudah untuk didapati. Tetapi Raya memang sasaran utama,” kata ejen Raya iaitu Jaume Munell. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram