TULAR sebuah video dalam media sosial di Indonesia gelagat pengadil keempat yang menarik perhatian orang ramai dengan kesilapan yang dilakukannya.
Ketika kejadian, pengadil keempat itu sedang memegang 'board' papan pertukaran pemain bola sepak selepas pasukan Persis Solo mahu menukar kesebelasan utama mereka.
Namun apa yang menarik perhatian orang ramai ialah, kesilapan pengadil yang memegang 'board' papan tersebut dengan terbalik sekali gus mengelirukan pemain-pemain yang berada dalam padang.
Kesilapan pengadil itu disedari oleh pemain-pemain simpanan Pesis Solo yang ingin melakukan pertukaran ketika menentang Bhayangkara FC baru-baru ini.
Musim ini, Persis Solo berada di kedudukan 11 dalam Liga BRI Liga 1 Indonesia dengan merekodkan enam kemenangan, lima seri dan enam kekalahan dalam 17 perlawanan akhir.
Persis Solo musim ini dikendalikan oleh Leonardo Medina Arellano yang sebelum itu menjadi pembantu jurulatih di Johor Darul Takzim.
Arellano telah membawa bekas dua pemain import JDT, Moussa Sidibe dan Fernando Rodríguez bersamanya untuk mengemudi bahagian serangan Persis Solo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram