'Kebenaran yang sangat pahit', penyokong mahu FAM tak lupa Harimau Muda


  • Podium
  • Isnin, 06 Nov 2023

Harimau Muda berjaya layak ke pentas Piala Asia B-23 tahun depan. — Facebook/FAM

HARIMAU MALAYA bakal kembali menemui peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, pada 16 November ini.

Perancang tengah, Mohd Afiq Fazail dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh muncul antara 25 pemain yang dipanggil oleh jurulatih Kim Pan-gon bagi menyertai latihan pusat skuad kebangsaan bermula Jumaat ini.

Tindakan Pan-gon menyenaraikan Afiq dilihat menceriakan sesetengah pihak yang sebelum ini menganggap tonggak Johor Darul Takzim (JDT) itu wajar menyarung jersi Harimau Malaya susulan prestasinya bersama Harimau Selatan.

Bagaimanapun, panggilan buat Sumareh mungkin mencetuskan sedikit persoalan dalam kalangan peminat tempatan kerana dia sudah lama tidak beraksi bersama Harimau Malaya selain kurang mendapat peluang bermain di JDT.

Bukan sahaja Sumareh menjadi topik hangat dalam kalangan penyokong Harimau Malaya, malah timbul persoalan tentang perkembangan Harimau Muda yang baru melantik ketua jurulatih baharu.

Dalam media sosial, dua penyokong turut mempersoalkan tentang Harimau Muda yang mana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak melakukan sebarang perlawanan persahabatan untuk skuad Bawah-23 tahun negara.

"Ini kebenaran yang sangat pahit sebenarnya, kita fokus skuad senior tapi tidak bagi B-23.

"Bila mana keputusan B-23 bagus, mula nak salahkan pemain tak faham taktikal tapi hakikat sebenar persediaan pun dah ke laut.

"Setuju, B-23 patut ada persediaan tambahan dengan jurulatih baharu," kata @Wafiyqqqq.

Juan Torres Garrido

Juan Torres Garrido merupakan ketua jurulatih baharu B-23.

"Sepatutnya nak lagi baik B-23 dan ke bawah 'arrange' perlawanan persahabatan semua.

"Kita memang selalu fokus lebih kepada pasukan senior, patut kena fokus skuad muda dah.

"Baru ada perubahan dan bekalan pemain sentiasa ada nak bawa ke senior," jelas @NizamArchibald.

Pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini, sebelum bertandang ke Taipei City untuk aksi kedua bertemu Taiwan pada 21 November dan akan meneruskan baki perlawanan tahun hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram