Pengalaman panaskan bangku simpanan cetus ilham Forestieri cara lawan Ulsan Hyundai


  • Podium
  • Selasa, 07 Nov 2023

Penyokong berharap agar Forestieri (kanan) beraksi sebagai kesebelasan utama JDT di SSI pada Selasa. — Facebook/JDT

PENYERANG Johor Darul Takzim (JDT), Fernando Forestieri berharap dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha membalas dendam terhadap juara Liga Korea, Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada Selasa.

Ketika aksi Harimau Selatan tewas kepada Ulsan 1-3 dalam perlawanan Kumpulan I sebelum ini, Forestieri diletakkan di bangku simpanan selama 46 minit sebelum masuk menggantikan Hong Wan pada minit ke-47.

Harimau Selatan akan menentang Ulsan dalam aksi keempat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri Selasa.

Pemain import dari Argentina itu tahu apa perlu dilakukan selepas memerhati bagaimana teraturnya corak permainan yang dilakukan skuad Tigers pada aksi pertama sebelum ini.

"Saya duduk di bangku simpanan pada separuh masa pertama sebelum saya bermain. Ketika saya menonton, saya faham mengapa rakan sepasukan saya sukar menentang mereka. Ulsan teratur dan menghasilkan persembahan yang baik.

"Namun kali ini, kami bermain di rumah (SSI) di hadapan peminat kami. Kami mempunyai kelebihan dan diharapkan, ia akan menjadi perlawanan yang berbeza esok (Selasa)," katanya ketika sidang media pra-perlawanan.

Sokongan peminat sahaja tidak akan mencukupi dan Forestieri mengetahuinya dengan baik.

"Semua orang perlu meletakkan 100 peratus dalam permainan, kami perlu melakukan usaha tambahan. Ulsan bukan mudah tetapi kami tidak akan melihat kekuatan mereka.

“Kami perlu lakukan dengan terbaik dalam perlawanan itu. Kami perlu fokus selama 90 minit. Pada bila-bila masa, kami boleh menjaringkan gol atau membuat cabaran penting untuk menafikan lawan.

"Bagi saya, ini seperti final kepada kami, kami perlu terus hidup dalam pertandingan," jelasnya.

WhatsApp Image 2023-11-07 at 09.01.11

Solari dan Forestieri ketika sidang media pra-perlawanan pada Isnin. — Facebook/JDT

Sementara itu, jurulatih JDT, Esteban Solari berkata, mereka mempunyai perjalanan berbeza dalam saingan itu setakat ini kerana Harimau Selatan berhasil mendominasi permainan tetapi tidak mencapai keputusan yang diinginkan.

Satu-satunya kemenangan kumpulan mereka ialah 4-2 menentang kelab Thailand, BG Pathum United tetapi tewas kepada Kawasaki Frontale (0-1) dan Ulsan (1-3).

"Tidak bermakna jika kami mempunyai penguasaan bola atau peluang yang lebih baik, kami adalah pasukan yang lebih baik. Kerja pertahanan kami perlu mantap.

“Dalam kejohanan ini, anda perlu kuat di bahagian belakang. Kami mempunyai kualiti, dan pengetahuan untuk menjadi pasukan yang dominan tetapi secara pertahanan, kami perlu menjadi lebih baik.

"Kami berdepan juara Korea Selatan. Kami perlu bermotivasi dan fokus, is sangat penting untuk ke pusingan seterusnya," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram