PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbrucker meluahkan kegembiraan selepas berjaya memastikan skuad kendaliannya menamatkan kemarau untuk mara ke final buat kali pertama sejak empat tahun yang lalu.
Skuad Sang Penyu kali terakhir melangkah ke final pada 2018 dan pada 2001 menyaksikan tahun terakhir skuad Peteh bergelar juara, kini kembali melangkah ke final dalam usaha memburu gelaran Piala Malaysia.
Kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu melewati perjalanan yang cukup bergaya, mengatasi pasukan pilihan, Selangor di suku akhir sebelum menamatkan cabaran Kuala Lumpur (KL) City di separuh akhir dengan kemenangan 4-2 secara agregat pada Sabtu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.
Bagi pengendali dari Croatia itu, kejayaan berhasil mara ke pusingan akhir Piala Malaysia tersebut dilakar hasil usaha semua pasukan skuad Sang Penyu.
Tomislav gembira selepas membawa TFC ke pusingan akhir Piala Malaysia. — Facebook/TFC
"Tahniah kepada penyokong dan juga kepada pemain atas usaha yang telah dilakukan untuk pasukan ini dan kami berjaya melangkah ke final.
"Ivan Mamut seorang pemain yang berkualiti, namun terdapat banyak lagi ruang dapat diperbaiki.
"Dua jaringan yang dihasilkan juga manis, tetapi seluruh pasukan telah berusaha sebaik mungkin dalam perlawanan ini bagi memastikan kemenangan,” katanya memetik laporan Stadium Astro.
Menjelang persiapan ke pentas akhir Piala Malaysia, Tomislav barkongsi bahawa Terenganu barisan kejurulatihan akan meneliti barisan pemain yang sesuai untuk diturunkan menentang Johor Darul Takzim (JDT).
"Kami bakal tanpa khidmat Liridon Krasniqi tidak dapat beraksi di final, kami akan meneliti barisan pemain untuk diturunkan dalam aksi final.
“Namun, terdapat banyak lagi perlawanan perlu dihadapi dan kami akan cuba melakukan yang terbaik,” tambahnya.
Penyokong kedua-dua pasukan pastinya menunggu 9 Disember yang bakal menjadi tarikh keramat untuk melihat sama ada Terengganu ataupun juara Piala Malaysia 2022, Harimau Selatan muncul juara edisi kali ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram