Hasil kutipan tiket 2 aksi Liga Super terakhir JDT khas buat rakyat Palestin


  • Podium
  • Rabu, 01 Nov 2023

JDT sememangnya cukup dikenali dengan sikap murah hati dalam membantu orang ramai yang terkesan dengan musibah. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

KESENGSARAAN yang dialami rakyat Palestin sejak diserang tentera Zionis awal Oktober lalu memberikan satu berita cukup menyedihkan buat penduduk seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Selain jumlah korban meningkat saban hari, mereka turut berdepan kesengsaraan apabila tidak menerima bekalan makanan, minuman dan alat perubatan mencukupi.

Situasi berkenaan menyaksikan orang ramai bertindak memberikan sumbangan dengan harapan ia dapat meringankan beban yang dihadapi mereka buat sekian lama.

Malah, bantuan juga dilihat mula disalurkan beberapa organisasi yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Palestin berlarutan tanpa berpenghujung.

Tampil menghulurkan bantuan ialah kelab Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) yang mengumumkan bahawa pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berhasrat hasil kutipan tiket disalurkan buat mereka yang terkesan.

DYAM+Mejar+Jeneral+Tunku+Ismail+Ibni+Sultan+Ibrahim,+Tunku+Mahkota+Johor+telah+menitahkan+agar+kesemua+kutipan+tiket+perlawanan+Kelab+Bolasepak+Johor+Darul+Ta'zim+(JDT)+di+laman+sendiri+sehingga+penghujung+musim+dis

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan JDT dalam usaha mereka meringankan beban ditanggung rakyat Palestin. Facebook/JOHOR Southern Tigers

"TMJ menitahkan agar kesemua kutipan tiket perlawanan Kelab Bola sepak JDT di laman sendiri sehingga penghujung musim disalurkan ke tabung kemanusiaan Palestin.

"Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah," jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Alistair Edwards.

Tindakan tersebut sememangnya menerima pujian membanggakan daripada peminat bola sepak tanah air yang cukup terharu dengan sikap kemanusiaan dipamerkan jaguh Liga Super itu.

Sebelum ini, JDT juga beberapa kali mengumumkan duit kutipan tiket akan disalurkan kepada mangsa bencana alam, seperti kejadian banjir yang dialami penduduk Johor awal Mac lalu.

Berdasarkan laporan terkini, jumlah korban di Palestin sudah meragut lebih 8,000 nyawa dengan 40 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan kanak-kanak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram