Terima pujian 'superb' daripada TMJ, Hannah Yeoh kekal 'humble'


  • Podium
  • Selasa, 31 Okt 2023

Hannah ketika menghadap Tunku Ismail pada Januari lalu. — Facebook/Hannah Yeoh

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kekal merendah diri walaupun pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris memberi pujian kualiti kerja beliau.

Pada Ahad lalu, TMJ menyifatkan Hannah seorang menteri yang cukup fokus terhadap kerjanya bagi memartabatkan industri sukan serta pembangunan belia di Malaysia.

Ahli Parlimen Segambut itu berkata, dorongan daripada Tunku Ismail membantu untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat lebih banyak pembaharuan demi kemajuan industri sukan tanah air.

"Semestinya saya merendah diri dengan dengan pujian daripada TMJ itu. Ini yang kita dah buat sejak hari pertama, masa kita terhad di KBS. Jadi saya nak lakukan pelbagai pembaharuan dan atas dorongan itu yang telah mencipta jadual dan working pattern.

"Ini bukan mengenai saya seorang tapi seluruh pasukan. Kami tak cukup masa, hanya kerja dan terus kerja. Tetapi saya tahu ini yang rakyat nak tengok. Saya hanya merendah diri apabila TMJ menyedari dan beri saya endorsement. Itu sahaja," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Goodday Charge.

WhatsApp Image 2023-10-31 at 13.07.56

Hannah ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Goodday Charge.

Pujian yang diberikan Tunku Ismail dizahirkan sendiri oleh beliau dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan dua ahli politik, Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketika ditanya mengenai dinamik politik dan keseimbangan barisan kepimpinan negara, Tunku Ismail mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut.

Sebagai contoh (Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh, saya fikir dia (superb) hebat pasal dia seseorang yang fokus pada kerjanya... sama juga dengan (Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) Liew Chin Tong.

"Tapi yang lain-lain saya tak kenal. Sebagai sebuah parti, saya tidak kata sama ada DAP adalah relevan atau bagus.

"Berkenaan dengan parti ini saya lebih suka menilai sebagai contoh (Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh, saya fikir dia (superb). Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya," kata TMJ. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram