PENGADIL perlawanan Liga Divisen Dua Sepanyol, Saul Ais Reig mencuri tumpuan penyokong apabila videonya ketika mengadili aksi antara Mirandes-Cartagena menjadi tular dan dibahaskan oleh peminat bola sepak dunia.
Dalam video tular di media sosia, pengadil tersebut dilihat menggunakan penyembur untuk melukis satu garisan pendek yang seakan-akan 'perintah larangan' bagi menghalang pemain kedua-dua pasukan daripada melakukan protes.
Menerusi video berdurasi 12 saat itu, penyokong boleh melihat dengan jelas bagaimana pengadil membuat garisan di atas rumput menggunakan semburan dan memberi isyarat kepada pemain untuk tidak melepasi garisan.
Difahamkan ketika itu, Ais Reig ingin mendapatkan keputusan daripada semakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dan disebabkan itu garisan berkenaan dibuat bagi mengelak pemain mengganggunya.
Saúl Ais Reig, referee in LaLiga 2, used his spray to draw a line on the pitch as a barrier that the players couldn't get past during a VAR check in Mirandés - Cartagena
byu/teiraaaaaaa insoccer
Lukisan itu ternyata berhasil apabila pemain mendengarnya dan tiada seorang pun daripada mereka melepasi garisan tersebut dan dengan itu dia turut dapat membuat semakan VAR tanpa sesiapa pun berada di sekelilinginya.
Semakan VAR itu dibuat gol dibuat oleh pemain Cartagena, Jose Fontan selepas pemain kemungkinan ofsaid namun keputusan muktamad adalah bahawa ia adalah gol dan membuat keputusan seri 1-1 pada minit ke-80.
Keputusan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah apabila Sergio Barcia menambah jaringan kedua buat Mirande pada masa tambahan permainan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram