PERAK FC mengganas pada aksi ke-23 dalam saingan Liga Super 2023 apabila membelasah Kelantan FC dengan keputusan 8-0 di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.
Kemenangan tersebut berjaya memberikan senyuman kepada penyokong Perak sekali gus menggenggam tiga mata penuh di laman sendiri.
Seperti yang diketahui, sejak menyertai Perak, penyerang kelahiran Serbia, Luka Milunovic tidak berhasil untuk mendapatkan sebarang gol.
Namun, dalam perlawanan menentang pasukan tercorot liga, Milunovic berjaya meledak sehingga menghasilkan hatrik.
Kemenangan itu membolehkan Perak FC mendaki tangga liga dengan meraih 22 mata setakat ini untuk berada di posisi kesembilan daripada 14 pasukan. — Facebook/PerakFC
Pemain berusia 30 tahun itu yang hanya menjaringkan gol dalam lima perlawanan sebelum ini untuk skuad Seladang akhirnya bangkit apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-14, m-25 dan m-33.
“Saya gembira kerana saya kekal profesional, memenuhi semua tugas yang diberikan kepada saya dan keputusan perlawanan berpihak kepada saya.
“Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana membantu saya mencapai hatrik ini. Saya telah bersama pasukan selama lebih tiga bulan sekarang dan saya berasa seronok apabila diterima dengan baik oleh semua orang.
“Kami mempunyai tiga lagi perlawanan dan berharap untuk menamatkan di kedudukan tertinggi," katanya.
Manakala, penyerang dari Korea Selatan, Seo Seonung mencetak dua gol pada minit ke-49 menerusi sepakan penalti dan minit-66.
Selebihnya disumbangkan Wan Zack Haikal (m-17), Shivan Pillay (m-36) dan Luciano Guaycochea (m- 84).
Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berkata, dia gembira kerana anak buahnya melaksanakan rancangannya dengan baik.
“Kelantan memberi kami banyak ruang dan dari pandangan saya, rasanya mereka tidak mahu bermain tetapi kami mengekalkan prinsip permainan kami.
“Tentunya seronok memperoleh kemenangan besar ini dan bangkit selepas kekalahan separuh akhir pertama Piala Malaysia 1-4 kepada Johor Darul Takzim (JDT).
"Kami kini boleh fokus pada perlawanan aksi kedua menentang mereka pada 2 November nanti," jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram