REAL Madrid berjaya menewaskan Barcelona dengan keputusan 2-1 dalam aksi Clasico pada Sabtu.
Dalam aksi tersebut, bintang tengah Real Madrid, Jude Bellingham berjaya mencetak dua jaringan sekali gus memberikan tiga mata berharga buat pasukannya.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran video di Twitter, insiden mencuit hati berlaku dalam perlawanan tersebut apabila pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti dilihat menarik lengan penyerang Brazil, Vinicius Junior.
Vinicius atau gemar dengan panggilan Vini itu dilihat melengah-lengahkan masa ketika keluar dari kawasan padang.
Dalam pada itu, enggan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Ancelotti bertindak menarik lengan Vini agar bergegas keluar dari kawasan padang.
Menjengah ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan tindakan pengendali Real Madrid benar kerana perlawanan tersebut perlu diteruskan.
"Terbaik jurulatih, mendidik anak buah dengan baik," kata @AnthonyC_Eri.
"Susah nak cari jurulatih macam Carlo ni, mempunyai pengalaman yang baik sebagai pengurus pasukan," kata @funfitlife.
"Seorang ayah tahu apa yang perlu dilakukan kepada seorang anak," kata @iamphaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram