[VIDEO] MPV ada logo TRW kena angkut 'tow truck', ramai dakwa isu gaji Kelantan jadi punca


  • Podium
  • Isnin, 30 Okt 2023

Tangkap layar rakaman video tersebut. — Tiktok/@zulzainal77

MASALAH tunggakan gaji yang dihadapi oleh Kelantan FC dilihat seperti tidak berkesudahan selepas satu video berkaitan kelab itu heboh di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Tiktok, kelihatan sebuah kereta didakwa milik Kelantan FC kerana mempunyai logo pasukan itu dibawa 'low truck' yang ketika itu berada di atas jalan raya.

Perkongsian video tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa isu tunggakan gaji pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu belum berakhir.

Malah, ada warga maya yang mendakwa bahawa kereta itu merupakan kenderaan yang sering dinaiki oleh pemilik Kelantan FC iaitu Norizam Tukiman.

"Ni bukan kereta Zamsaham selalu naik ke?," kata @Muhammad Aliff Akmal.

"Kereta Zambual ke ni," kata @Izz.

Di samping itu, menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya berasakan punca utama kereta The Red Warriors (TRW) tersebut ditarik adalah kerana isu tunggakan gaji.

"Tak bayar kot, tu kena tarik," kata @mhdazmr.

"Habis duit ke tu? Sebab tu kena tarik eh?," kata @fie.

"Kereta pun kena tarik, sedih, ni mesti tak cukup duit, " kata @GreenTeaAis.

Untuk rekod, Kelantan kini menghuni tangga tercorot dalam saingan Liga Super 2023 dengan mengutip lapan mata selepas 22 perlawanan berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram