Pernah direbut kelab China dan Eropah, ex-Man United akhirnya pilih Penang


  • Podium
  • Ahad, 29 Okt 2023

Westwood cemerlang mengendalikan Bengaluru bagi saingan liga divisyen satu India. — Agensi

SEPERTI mengulang episod sama, prestasi Penang FC musim ini masih berada pada tahap kurang memuaskan walaupun sudah melakukan banyak perubahan di awal musim dengan membuat rombakan para pemain mahupun jurulatih.

Namun, jika dibandingkan dengan saingan Liga Super 2022, Penang FC musim ini mempunyai sedikit perubahan apabila tidak terburu-buru 'menyalin' jurulatih baharu dan kekal menggunakan khidmat Chong Yee Fatt.

Untuk rekod, pada saingan musim 2022, Harimau Kumbang melantik tiga jurulatih untuk megendali pasukan itu dan mereka ialah Tomas Trucha (Disember 2020 - April 2022), Manzoor Azwira sebagai caretaker (Mei 2022) dan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Senario menganti jurulatih lebih daripada sekali juga pernah berlaku pada musim 2016 yang mana ketika itu menyaksikan engendali dari Brazil, Jacksen Ferreira Tiago berkhidmat hingga April 2016, Manzoor sebagai pemangku (April - Mei 2016), Nenad Bacina (Mei - November 2016) dan Ashley Westwood dilantik pada Disember 2016.

Antara kesemua nama jurulatih itu, Westwood antara yang paling mencuri tumpuan kerana reputasinya sebagai seorang bekas pemain akademi kelab gergasi England, Manchester United.

Memetik laporan media ketika itu, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) telah melantik bekas Westwood sebagai jurulatih Harimau Kumbang untuk saingan Liga Super dan pengalamannya ketika bersama Bengaluru akan membantu menaikkan prestasi pemain.

westwood

Westwood hanya sempat melatih Penang selama empat bulan. — Agensi

"Westwood adalah jurulatih yang disegani. Di bawah bimbingannya, Bengaluru memenangi beberapa kejuaraan, termasuk Liga-I, Piala Persekutuan dan berjaya mara ke suku akhir Piala AFC selama dua tahun berturut-turut," katanya Pengurus Pulau Pinang musim 2016, Zairil Khir Johari

Westwood adalah salah seorang pembantu Michael Appleton di Blackburn Rovers selepas mengikutinya dari Blackpool, tetapi berhijrah ke pasukan lain selepas Appleton ditamatkan kontrak di Rovers pada Mac 2013.

Jurulatih dari England itu menandatangani kontrak dua tahun dan walaupun dia berada dalam radar beberapa kelab di China, Hong Kong dan Eropah namun Penang menjadi pilihan hatinya.

Jodoh Westwood dengan Harimau Kumbang bagaimanapun tidak bertahan lama apabila berakhir pada Mac 2017 selepas FAP mengambil pendirian menamatkan kontrak ketua jurulatih pasukan itu.

Kontrak Westwood yang sepatutnya berakhir pada 2018 bagaimanapun ditamatkan berkuatkuasa serta merta pada Mac 2017 dan posisinya dipangku pembantu ketua jurulatih, Darren Read.

Westwood sebelum itu dikritik banyak pihak selepas pasukan bimbingannya gagal untuk keluar dari tangga tercorot Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram