Bekas import sendu TRW antara 3 ex Liga M wajar jadi 'benchmark' jika Sergio Aguero nekad ke Indonesia


  • Podium
  • Ahad, 22 Okt 2023

Aguero sudah mencetak empat jaringan gol dan tiga hantaran bantuan sepanjang diturunkan dalam 10 aksi Liga Super bersama skuad Tok Gajah. — Facebook/SriPahang

NAMA pemain naturalisasi negara, Sergio Aguero baru-baru hangat diperkatakan apabila tonggak Sri Pahang itu dikaitkan akan mengembangkan kariernya ke negara jiran, Indonesia dengan menyertai Persija Jakarta.

Difahamkan kelab Liga 1 Indonesia itu berminat untuk mendapatkan khidmat Aguero bagi memperkuatkan bahagian serangan dan berkemungkinan ketua pasukan Sri Pahang itu akan didaftarakan pada jendela perpindahan kedua saingan Indonesia pada November nanti.

Insiatif tersebut diambil bagi memperbaiki semula kedudukan skuad kendalian Thomad Doll di saingan liga apabila kelab itu kini hanya memungut 20 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

Bersama Sri Pahang pada musim ini, pemain kelahiran Argentina itu sudah mencetak empat jaringan gol dan tiga hantaran bantuan dalam 10 aksi Liga Super dia diturunkan, rekod tersebut sudah cukup membuatkan Persija Jakarta terpikat dengan kebolehannya.

WhatsApp Image 2023-10-21 at 17.11.16

Aguero sudah tampil dalam 12 perlawanan bagi kesemua perlawanan. Facebook/SriPahang

Sekiranya pemain 29 tahun itu memutuskan untuk mengembangkan karier ke Indonesia, ia akan menjadi destinasi keduanya dalam Asia Tenggara selepas kali pertama tiba di tanah air pada musim 2016 dengan menyertai Melaka United FC.

Walaupun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Aguero mahupun Persija Jakarta, alangkah baiknya jika pemain kebangsaan itu sudah mula mengambil tahu mengenai suasana saingan liga di Indonesia.

Selain daripada suasana Liga 1 Indonesia, bekas pemain Perak FC itu juga boleh meluangkan masa untuk mengetahui pengalaman bekas pemain Liga Malaysia (Liga M) yang sudah berhijrah ke negara jiran.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga bekas pemain Liga M yang boleh menjadi contoh buat Aguero jika ingin terus kekal relevan di saingan Liga 1 Indonesia;

1) Christian Rontini

rontini

Rontini kini menyarung jersi Persita Tangerang. Instagram/Rontini

Selepas Kelantan FC bergolak akibat masalah kewangan, pemain pertahanan muda, Christian Rontini mengambil keputusan untuk meninggalkan The Red Warriors (TRW) dan menyertai kelab Liga 1 Indonesia Persita Tangerang pada Mei lalu.

Kemasukan bekas pemain Penang FC boleh dikatakan sebagai satu penambahan ideal buat skuad Pendekar Cisadane apabila dia sudah diturunkan dalam 14 aksi liga dan sudah mencetak tiga jaringan gol untuk pasukan baharunya itu.

Walaupun pasukan kendalian Luis Duran itu kini berada dalam kelompok empat terbawah liga iaitu di kedudukan ke-15 dengan memungut 15 memungut 15 mata perlawanan namun rekod peribadinya membantu pasukan mencetak jaringan itu wajar mendapat pujian.

Jika dibandingkan dengan aksinya bersama Kelantan FC, bek tengah itu hanya tampil dalam lima perlawanan dan bersama Penang FC pula diturunkan dalam 15 aksi Liga Super di musim 2022 namun buntu untuk mencetak sebarang gol.

Perubahan positif itu membuktikan bahawa Liga Indonesia mampu memberi peluang kedua buat pemain kebangsaan Filipina itu lebih menyinar baik sebagai bek mahupun turun ke depan membantu rakan sepasukan.

2) Levy Madinda

madinda

Madinda dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik liga setakat ini. Instagram/Madinda

Pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT), Levy Madinda mula mendapat pujian oleh penyokong Indonesia kerana aksi cemerlang bersama Persib Bandung dan kini dia dilabel antara pemain tengah terbaik Liga 1 Indonesia 23/24.

Bekas pemain Sabah FC itu hanya mengambil masa selama dua bulan lebih untuk menambat hati penyokong Indonesia selepas dibawa oleh Bojan Hodak ke pasukan berkenaan pada Julai lalu.

Sebelum berhijrah ke Indonesia, musim ini pemain berusia 31 tahun itu terlebih dahulu dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC (NSFC) namun kariernya lebih menyerlah bersama pasukan dengan jolokan Pangeran Biru itu.

Selepas tampil dalam 10 perlawanan liga dan menyumbang satu jaringan go, Madinda secara tidak langsung membantu Persib Bandung berada pada kedudukan ketiga liga dengan memungut 27 mata.

Dengan persembahan cemerlang bersama Persib Bandung, adalah tidak mengejutkan jika pemain import dari Gabon itu akan menjadi pemain tetap pada musim berikutnya.

3) Junior Eldstal

junior

Penampilan kedua Junior bersama Dewa United pada Jumaat. Instagram/Dewa United

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal terus berkelana ke luar negara dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United secara pinjaman pada jendela perpindahan Julai lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu mendedahkan selepas dipinjamkan selama enam bulan dari JDT, dia akan menandatangani kontrak secara tetap untuk kelab Indonesia tersebut sehingga penghujung musim iaitu pertengahan 2024.

Keputusan Junior ke Indonesia nampaknya semakin membuahkan hasil apabila permainanya bukan hanya disukai pengendali kelab, Jan Olde Riekerink, malah penyokong Dewa United juga menyambut baik kehadiran bek tengah itu.

Junior yang dikenali dengan corak bertahan agresif serta mempunyai fizikal kental itu mendapat pujian penyokong kerana sering tampil memberikan 100 peratus komitmen di atas padang.

Dari segi statistik perlawanan, pemain kacukan Sweden-Malaysia itu sudah tampil dalam lima perlawanan liga dan tiga daripada diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram