JOHOR Darul Takzim (JDT) tidak mempunyai masalah untuk mengetepikan Perak FC selepas menewaskan menewaskan pasukan Utara tanah air itu 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh pada Khamis.
Malah, kemenangan besar itu juga memberi bekalan selesa kepada Harimau Selatan untuk dibawa ke aksi timbal balik di Stadium Sułtan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 2 November nanti.
Empat gol yang diperolehi JDT menerusi Oscar Arribas (7’), Arif Aiman Hanapi (12’), Shahrul Saad (71’) dan kemenagan tersebut dinokhtakan dengan jaringan dari pemain gentian, Nazmi Faiz.
Untuk rekod, gol pada minit ke-80 itu adalah jaringan keduanya musim ini dan ia membuktikan bahawa walaupun kurang minit permainan namun Nazmi bijak mengambil peluang jika diturunkan.
Dua jaringan Nazmi pada musim ini diperoleh dalam kejohanan Piala Malaysia. — Facebook/JDT
Perancang tengah juara bertahan Liga Super itu sendiri sedar bahawa dia perlu mengambil segala kesempatan yang ada dan percaya kesabarannya akan membuahkan hasil.
Situasi itu mendorongnya untuk menjelmakan prestasi terbaik hingga melakukan penyudah cantik yang memastikan bekalan selesa buat Harimau Selatan menjelang perlawanan timbal balik Piala Malaysia di Iskandar Puteri nanti.
"Pujian buat kesebelasan utama, mereka bermain bermati-matian dan kami saling membantu," katanya selepas perlawanan memetik laporan Stadium Astro.
Sementara itu, tonggak Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor, menegaskan perang di antara kedua-dua pasukan belum tamat walaupun menyedari skuad Seladang berdepan misi mustahil dalam persaingan ketika ini.
"Walaupun bukan mudah untuk mengalahkan Johor di tempat mereka tapi kami tetap cuba kerana apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak," katanya pula. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram