KEJOHANAN Piala Dunia 2002 adalah peristiwa bersejarah, terutamanya perlawanan antara Korea Selatan menentang Itali terutamanya ketika Lee Chun-soo menendang belakang leher Paolo Maldini.
Sejak itu, bekas pemain antarabangsa Korea Selatan menerima itu tidak disambut kehadirannya dalam Liga Itali, termasuk peminat yang mengkritknya susulan insiden dengan Maldini.
Selepas 21 tahun berlalu sejak Piala Dunia 2002, Chun Soo yang kini berusia 42 tahun itu akhirnya bertemu semula dengan legenda Itali tersebut.
Video pertemuan mereka berdua dikeluarkan oleh EA Sports FC Online yang pantas menarik perhatian dengan tontonan lebih 700,000 dalam masa kurang sehari.
Siapa ingat kejadian pemain Korea Selatan, Lee Chun-soo menendang kepala legenda Itali, Paulo Maldini dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2022. pic.twitter.com/ynTOJMLHEB
— Majoriti (@majoritionline) October 21, 2023
Dalam video itu, penyerang negara republik itu mengakui bahawa dia tidak meminta maaf kepada Maldini selepas kejadian itu.
Oleh itu, pada pertemuan semula tersebut, Chun-soo mengambil kesempatan memohon maaf dengan Maldini yang akan datang ke Korea.
"Ketika itu, saya berumur 22 tahun. Saya rasa saya tidak terfikir untuk meminta maaf ketika itu. Sudah 21 tahun, jadi saya rasa teruja bertemunya simula,” katanya dipetik oleh Patriot Bekasi daripada Nate.
Sebelum bertemu Maldini, dia bertemu dengan kanak-kanak Korea Selatan dan menceritakan kepada mereka tentang detik semasa Piala Dunia 2002.
Ketika perlawanan penuh kontroversi itu, Korea menang atas Itali dengan skor 2-1 dalam pusingan ke-16 dan akhirnya layak ke perlawanan seterusnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram