SELEPAS satu persatu perancangan yang dibuat oleh Johor Darul Takzim (JDT) berjaya membuahkan hasil tidak kira dalam ataupun luar padang.
Kini pakaian rasmi JDT sebelum perlawanan Asia Champions League (ACL) mula mendapat perhatian daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila memuat naik gambar sut pasukan itu di dalam Instagram rasmi @theafchub pada Jumaat.
Antara bintang JDT yang mencuri perhatian lensa kamera AFC ketika memperagakan sut itu ialah La'Vere Corbin-Ong, Heberty Fernandes dan Safiq Rahim.
Malah hantaran itu turut mendapat tanda 'like' daripada Safawi Rasid meskipun gambarnya tiada di dalam Instagram @theafchub itu.
Dalam kapsyen posting tersebut, AFC bertanyakan kepada peminat-peminat di Asia adakah JDT mempunyai pakaian praperlawanan terbaik dalam ACL.
Corbin-Ong menjadi pemain penting buat JDT sejak mula menyertai skuad itu pada 2018. — AFC
Ini bukan kali pertama pemain-pemain JDT mengenakan sut rasmi seperti itu ia kerana mereka akan berpakaian korporat jika berada dalam kejohanan penting ataupun sudah berada di pentas akhir.
ACL antara kejohanan tertinggi dalam rantau Asia dengan itu Harimau Selatan mungkin menghormati pertandingan tersebut dengan membawa imej disiplin dan kemas.
Baru-baru ini, JDT terus melakar sejarah apabila menjadi kelab tanah air pertama menggunakan rumput hibrid di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.
Rumput hibrid adalah kombinasi rumput tiruan dan rumput asli yang mana ia merupakan teknologi moden digunakan di banyak negara-negara luar.
Stadium Sultan Ibrahim (SSI) juga akan mendapat sentuhan baharu apabila rumput hibrid itu akan menggantikan Zeon Zoysia walaupun JDT sudah mempunyai padang yang terbaik dalam negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram