Keluarga mendiang Sathianathan terima sumbangan FAM, MFL, Yakeb


  • Podium
  • Khamis, 19 Okt 2023

Pemergian Sathianathan sememangnya menjadi kejutan buat peminat bola sepak tanah air. — Facebook/FAM

KEHILANGAN bekas jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan sememangnya menjadi satu tamparan buat penyokong bola sepak tanah air.

Karakternya yang cukup terbuka dalam memberi teguran sukar dicari galang ganti, lebih-lebih lagi ketika membuat teguran terhadap kekurangan sukan berkenaan.

Jadi, untuk menghargai jasanya, pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hadir memberikan sumbangan buat balu kepada Sathianathan, Krishna Priya pada Khamis.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut dihadiri Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

393821023_1030646301341939_4749470289061882562_n

Sivasundram (tengah) ketika menghulurkan sumbangan buat Krishna Priya di Wisma FAM. Facebook/FAM

"Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan manakala FAM diwakili Timbalan Presidennya, Datuk S. Sivasundaram dan Yakeb pula menerusi pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

"Sumbangan yang diberikan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga mendiang Sathianathan selepas bekas jurulatih skuad bola sepak kebangsaan itu meninggal dunia pada 18 Julai lalu," tulis MFL dalam satu hantaran di Facebook rasmi mereka.

Sebelum ini, mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur setelah bertarung dengan penyakit kanser untuk beberapa tahun.

Di samping pernah mengendalikan skuad kebangsaan, Sathianathan juga pernah menabur bakti bersama beberapa kelab Liga Super, termasuk Selangor FC dan Sarawak United FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram