JAGUH basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan betapa hipokritnya masyarakat Barat terutamanya apabila melibatkan konflik antara Palestin dengan wilayah haram Israel.
Menulis di laman Twitter (X) miliknya, Azizul menceritakan bagaimana dirinya hampir disingkirkan daripada sebuah kejohanan pada Julai 2014 hanya kerana mempamerkan mesej kemanusian "Save Gaza" selepas memenangi perlumbaan.
Azizul mengatakan dia hampir disingkirkan daripada kejohanan tersebut kerana berbuat demikian. The Pocketrocket Man kemudiannya mengatakan masyrakat Barat begitu hipokrit dalam kerana apabila melibatkan Islam, semuanya tidak boleh.
Tetapi berbeza apabila melibatkan negara Barat, segalanya dibenarkan atas alasan kebebasan bersuara.
"Pada Julai 2014, saya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan. Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai.
"Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan utk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia," kata Azizul.
Menurut Azizul, dia berbuat demikian kerana ketika itu Gaza sedang diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis. Lebih memilukan adalah perkara tersebut terjadi sewaktu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Tindakan Azizul tersebut tidak disenangi oleh penganjur kejohanan dan dia diancam dengan penyertaannya dibatalkan. Kata Azizul, dia dikatakan membawa mesej politik ke dalam gelanggang sukan.
Ia dinafikan oleh Azizul kerana dia membawa mesej kemanusiaan bukannya politik. Dari situlah, dia berasakan betapa hipokritnya warga Barat terhadap umat Islam.
"Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.
"Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula.
"Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support," ujar Azizul. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram