Kem Arsenal bergolak angkara konflik Palestin-Israel?


  • Podium
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Zinchenko (dua dari kanan) mendapat kecaman dari penyokong ketika menyatakan sokongannya terhadap Israel. — Agensi 

PEMAIN tengah Arsenal, Mohamed Elneny tanpa berselindung menunjukkan sokongannya terhadap Palestin apabila gambar profil laman media sosial Instagramnya ditukar kepada bendera negara yang sedang bergolak itu.

Sokongan tersebut ditunjukkan sebagai tanda solidariri kepada Palestin susulan Gaza kini sedang mengalami kemusnahan teruk di samping meragut ribuan nyawa yang tidak bersalah akibat jenayah perang oleh rejim Israel.

elne

Tangkap layar profil Elneny.

Tindakan dari pemain antarabangsa Mesir itu berlaku hanya beberapa hari selepas rakan sepasukannya, Oleksandr Zinchenko memuat naik hantaran mengenai sokongan terhadap rejim Israel.

Ketua pasukan Ukraine itu mendapat kecaman daripada warga maya berikutan pernah mengkritik Rusia yang menyerang negaranya, namun tiba-tiba kini menyokong keganasan Israel.

Terdahulu, Elneny, 31 tahun itu juga pernah menyiarkan mesej sokongannya terhadap Palestin pada 2021 menerusi laman Twitter (X) peribadinya sehingga ia mendapat pelbagai respons daripada penyokong dan kelabnya.

"Hati saya dan jiwa saya dan sokongan saya untuk anda Palestin," tulisnya pada ciapan tersebut sambil disertakan gambar bendera Palestin dan emoji keamanan.

Ketika itu, skuad The Gunners juga memberi amaran kepada Elneny, yang mana menyatakan tindakannya menjadi pro-Palestin di media sosial membawa kebimbangan kepada penaja kelab mereka, Lavazza.

Dengan dua pemain Arsenal itu masing-masing mempunyai pendiriannya berbeza, kem Arsenal berkemungkinan sedang dalam pergolakan dan pastinya timbul masalah keserasian luar padang antara mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram