SEORANG pengadil dari Itali, Juan Luca Sacchi dikenakan penggantungan satu perlawanan akibat keengganannya untuk bersalaman dengan pembantunya yang merupakan seorang wanita.
Berdasarkan satu klip pendek, Sacchi dilihat keluar daripada terowong stadium untuk mengadili aksi Serie A antara Lecce dan Sassuolo pada Sabtu lalu.
Dia pada awalnya kelihatan cukup ramah sambil bersalaman bersama pembantunya, namun segera menarik tangannya ketika berdepan pengadil wanita, Francesca di Monte.
Sacchi kemudiannya segera bersalaman dengan kapten tuan rumah, Gian Marco Ferrari, sekali gus menyaksikan di Monte hanya berdiri kaku sambil mempamerkan riak wajah yang kesedihan.
Italian Ref Juan Luca Sacchi is set to be suspended for a round of Serie A fixtures after he refused to shake the hand of his assistant Di Monti before the match between Lecce and Sassuolo...pic.twitter.com/XgUTcgsNBy
— Football Away Days (@FBAwayDays) October 9, 2023
Tindakan pengadil berusia 38 tahun berkenaan kemudiannya dikritik penyokong bola sepak Itali yang melihat kelakuannya itu tidak bersikap profesional.
Di samping itu, mereka turut memuji sikap di Monte yang segera melupakan mengenai hal berkenaan meskipun kelihatan sedikit kecewa akan tindakan rakan sejawatnya.
Berdasarkan komen daripada Persatuan Pengadil Itali, mereka masih belum menetapkan sebarang tindakan wajar ke atas Sacchi meskipun berlakunya desakan daripada orang ramai.
Namun, menurut laporan media dari negara Eropah berkenaan, Sacchi akan dikenakan penggantungan untuk satu perlawanan Serie A dalam masa terdekat.
Selain itu, terdapat juga desas-desus mengatakan tercetusnya insiden hangat apabila pesuruhjaya pengadil Itali, Gianluca Rocchi berang dengan tindakan Sacchi yang hanya mencalarkan imej mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
