PEMAIN pertahanan kental Sheffield United, Chris Basham mengalami detik mengerikan dalam karier bola sepaknya selepas ditimpa kecederaan ketika aksi menentang Fulham bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Pemain berusia 35 tahun itu sudah bersama skuad Blades sejak 2014 dan menjadi antara watak penting dalam kebangkitan Sheffield dalam liga, selain diberikan kepercayaan untuk sebagai kapten untuk permainan di Craven Cottage.
Menurut The Sheffield Star, Basham terjatuh pada separuh masa pertama perlawanan ketika cuba untuk merampas bola dan tayangan semula menunjukkan buku lalinya patah ketika cuba memenangi bola daripada lawan.
Kakitangan perubatan dari pasukan tuan rumah, Fulham dan Sheffield United dipanggil ke padang selepas kapten Cottagers, Tim Ream meminta pertolongan.
Perlawanan itu dihentikan selama 13 minit pada pertengahan babak pertama ketika Basham menerima rawatan, bek tengah itu mengangkat ibu jari kepada penonton ketika dia meninggalkan padang dengan pengusung sebelum dibawa ke hospital.
"Kami berharap agar Bash diberi kesembuhan selamat dan akan menyampaikan kemas kini apabila kami mendapatnya,” tulis laman media rasmi, Sheffield United.
Bek tengah itu pernah dinamakan sebagai pemain terbaik Sheffield United musim ini apabila mereka menamatkan saingan di tempat kesembilan pada musim Liga Perdana 2019/20.
Basham dinamakan sebagai naib ketua pasukan sebelum musim semasa bermula, dan memakai lilitan di Craven Cottage kerana ketiadaan rakan pertahanan, John Egan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram