Adik beradik Sang Kenari kena bantai, Bobie sahkan Perak kembali jadi 'King of Utara'


  • Podium
  • Ahad, 08 Okt 2023

Perak FC II tiada masalah untuk menewaskan KDA FC B dengan keputusan 3-0. — Facebook/TBGSuperFan

SELEPAS Kedah Darul Aman (KDA) FC dimalukan Perak FC pada saingan Piala Malaysia, giliran skuad ‘adik’ pula dibantai oleh Perak FC II dalam saingan Piala MFL pada Sabtu.

Dalam saingan Piala MFL yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu itu, barisan ubi muda The Bos Gaurus (TBG) menunjukkan kualiti mereka apabila tiada masalah untuk menewaskan KDA FC B dengan keputusan 3-0.

Tiga jaringan dari Perak FC II itu dicetak oleh Alif Zikri pada minit ke-19 dan Amirul Husaini mengesahkan kemenangan untuk skuad TBG dengen menyumbang dua lagi gol pada penghujung masa kedua.

Kemenangan skuad muda Perak ke atas KDA FC B itu sekali gus menambah luka penyokong Sang Kenari yang sehingga kini masih sukar menerima hakikat tersingkir daripada merebut saingan trofi Piala Malaysia apabila tewas 3-4 secara agregat kepada pasukan Seladang.

WhatsApp Image 2023-10-08 at 15.50.49

Pemain Perak selepas mengesahkan slot separuh akhir Piala Malaysia menjadi milik mereka. — Bernama

Dengan kemenangan berganda kelab bola sepak Perak itu, adalah tidak keterlaluan apabila Ketua Pegawai Eksektutif Interim skuad TBG, Bobie Farid Shamsudin mengangangkat pasukannya sebagai ‘King of Utara’.

Menerusi satu hantaran di Facebook TBG Super Fan, Bobie yakin kemenangan dua skuadnya itu membuktikan bahawa prestasi Perak FC jauh lebih cemerlang pada musim ini berbanding dua kelab Utara lain iaitu KDA FC dan Penang FC.

“Alhamdulillah. Menang bergaya. Abang adik kita menang dan mengesahkan King of Utara kembali milik Perak. Macam riak pula tapi tahniah boys,” tulisnya dalam hantaran tersebut sambil memuat naik gambar keputusan Perak FC II menewaskan KDA FC B.

WhatsApp Image 2023-10-08 at 15.50.47

Antara aksi pemain KDA FC B menentang Perak FC II. — Facebook/KDAFCB

Perak FC kini masih ada harapan untuk merangkul piala, sedangkan Kedah pula baru sahaja tersungkur pada saingan suku akhir Challenge Cup selepas temas 0-4 secara agregat di tangan Kuching City.

Sementara itu, Penang FC pula sekadar menghiasi pusingan 16 Piala Malaysia dan kini berhasil melepasi saingan suku akhir Challenge Cup selepas berpeluh menewaskan Harini FT dengan agregat 5-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram