HAMPIR setiap tahun, isu jerebu pasti akan melanda negara kita dan ini adalah masalah yang seolah-olah tidak pernah selesai.
Jerebu berpunca hasil daripada pembakaran terbuka yang dibuat di Indonesia. Pembakaran terbuka yang diadakan dengan skala besar ini kemudiannya merebak sehingga ke Malaysia kerana dibawa oleh angin.
Ia kemudiannya memberikan kesan kepada buruk kepada tahap pencemaran udara di negara kita. Ada masanya, jerebu menyebabkan penglihatan terjejas dan udara kotor tidak baik untuk kesihatan.
Sebelum ini, negara kita pernah mengalami jerebu yang teruk hinggakan segala aktiviti luar tidak dibenarkan. Kanak-kanak tidak boleh ke sekolah, acara keramaian turut ditangguh dek kerana bencana ini.
Ini termasuklah perlawanan bola sepak. Pada 2015, aksi Piala Malaysia melibatkan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) pada 4 Oktober pernah ditangguhkan kerana jerebu.
Perlawanan yang sepatutnya diadakan di Stadium Perak, Ipoh itu ditangguhkan kerana bacaan indeks pencemaran udara (IPU) bagi kawasan tersebut adalah 161. Bacaan tersebut dikelaskan sebagai "tidak sihat".
Aksi Perak-JDT yang ditangguhkan akhirnya diadakan pada 5 November 2015. — The Star
Oleh itu, komisioner perlawanan, Ruslan Mansor membatalkan aksi yang dijadualkan pada 8.45 malam selepas melakukan penilaian pada 5.30 petang.
"Baca IPU di Ipoh adalah pada paras 161. Jawatankuasa Pertandingan FAM menegaskan jika bacaan IPU di lokasi perlawanan melebihi paras 150, maka perlawanan tidak boleh diadakan kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan para pemain. Oleh itu saya perlu membatalkan perlawanan ini," kata Ruslan ketika itu.
Perlawanan tersebut akhirnya diadakan pada tarikh baharu iaitu 5 November 2015. JDT muncul pemenang selepas Amri Yahyah dan Safee Sali menghasilkan jaringan untuk Harimau Selatan dalam kemenangan 2-1 mereka. Chad Souza pula menyumbat gol tunggal Perak.
Melangkah ke hari ini, masalah jerebu masih belum selesai dan jika ia tidak ditangani segara, aktiviti luar termasuklah perlawanan bola sepak bola terjejas.
Mujur, setakat ini tiada lagi perlawanan bola sepak di negara kita yang terpaksa batal atau tangguh dek kerana jerebu. Semoga masalah ini akan berakhir segera dan kualiti udara di Malaysia akan bertambah baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram